ANDA KINI SUDAH BOLEH MENGUNDI IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018 MULAI HARI INI SEHINGGA JUMAAT INI!

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusingan 1 proses pengundian Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 bagi orang awam telahpun dibuka mulai hari ini (Isnin, 10hb Disember 2018) jam 10 pagi.

Seperti yang kita sedia maklum, bahawa sebelum ini Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang dipengerusikan oleh En. Sharul telah melancarkan sebuat inisiatif terbaharu persatuan iaitu penganjuran sebuah anugerah yang diberi nama Ikon Usahawan PUBI Perak 2018.

Matlamat utama anugerah ini adalah untuk mengiktiraf usaha dan komitment di kalangan ahli berdaftar PUBI Perak di dalam usaha mereka memajukan perniagaan masing-masing dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar sekarang ini.

Melalui inisatif ini, Ahli Jawatankuasa PUBI Perak atau Ahli Berdaftar PUBI Perak boleh mencalonkan ahli-ahli yang difikirkan layak untuk diiktiraf sebagai IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018 berdasarkan kemajuan dan kejayaan mereka di dalam perniagaan bagi tahun 2018 ini.

Proses pertama pengundian melibatkan Ahli Jawatankuasa dan Ahli Berdaftar PUBI Perak telahpun dibuat pada 3hb – 7hb Disember 2018 yang lalu dan kini tiba masa pula dimana pengundian peringkat orang ramai dibuka dan proses ini dijangka tamat pada hari jumaat, 14hb Disember 2018.

3 orang calon yang mendapat undian tertinggi pada pusingan pertama ini akan memasuki proses pengudian kedua atau Pusingan Akhir dan seterusnya hanya seorang sahaja yang akan dinobatkan sebagai Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 secara rasminya.

Pemenang Ikon Usahawan PUBI Perak yang mendapat undian terkini pada Pusingan Akhir nanti akan diumumkan sewaktu majlis ‘High Tea & Appreciation Day PUBI Perak’ yang dijangka berlangsung pada bulan Januari 2019 nanti.

Ahli Jawatankuasa PUBI Perak juga beriltizam untuk menjadikan Anugerah Ikon Usahawan PUBI Perak ini sebagai anugrah berprestij yang diadakan setiap tahun mulai tahun 2018 ini.

Semoga dengan inisiatif ini akan menyemarakkan lagi semangat semua ahli berdaftar PUBI Perak untuk lebih berjaya di dalam perniagaan masing-masing dan bekerja keras untuk lebih maju ke hadapan.

Insyallah..

Sila Klik Untuk Terma & Syarat Ikon Usahawan PUBI Perak —>


SILA UNDI 3 ORANG CALON IKON USAHAWAN PUBI PERAK PILIHAN ANDA DI BAWAH INI SEKARANG JUGA!


1. Shahrul Izam Bin Mustapha (Pengasas Produk Bidara Wira Wahyu). Klik untuk melihat profil calon ini —>


2. Seri Melati Binti Asril (Pengusaha Katering dan Restoran Adily). Klik untuk melihat profil calon ini —>


3. Rosnan Bin Man (Pengusaha Café Hipster Nan Station 18). Klik untuk melihat profil calon ini —>


4. Mazuin Binti Mad Saad (Pengusaha Kedai Runcit Berkat Alia). Klik untuk melihat profil calon ini —>


5. Kudus Alie Novel Bin Mohamat Yunus/Abu Naufal (Pengusaha Agensi Pelancongan). Klik untuk melihat profil calon ini —>


6. Mohd Noor Shafizzal Bin Termizi (Pengusaha Pusat Tuisyen Puncak Yakin). Klik untuk melihat profil calon ini —>


7. Safiah Binti Hussin (Pengusaha Tudung Jenama Sendiri Arsha Trendy). Klik untuk melihat profil calon ini —>


8. Shaharizad B. Shahrul Asmawi (Pengarah Syarikat dan Pengasas Bersama Produk Kecantikan Folio Essence). Klik untuk melihat profil calon ini —>


9. Aini Safina Jamaludin (Pengusaha Perkhidmatan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam). Klik untuk melihat profil calon ini —>


10. Nur Syuhaida Binti Che Wai (Pengusaha Pelbagai Jenis Kek dan Pastri). Klik untuk melihat profil calon ini —>


Pihak Pengurusan PUBI Perak mengucapkan TERIMA KASIH di atas undian anda dan semoga dengan kempen Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 yang dianjurkan ini akan menyemarakkan lagi semangat para usahawan untuk lebih maju pada masa hadapan. Insyallah..