fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

Ikon Usahawan PUBI Perak 2018

DALAM USAHA MELAHIRKAN DAN MEMBANGUNKAN USAHAWAN, AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK TELAH MENGANJURKAN INISIATIF TERBARU IAITU ‘IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018’

Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang dipengerusikan oleh En. Sharul telah melancarkan sebuat inisiatif terbaharu persatuan iaitu penganjuran sebuah anugerah yang diberi nama Ikon Usahawan PUBI Perak 2018. Matlamat utama anugerah ini adalah untuk mengiktiraf usaha dan komitment di kalangan ahli berdaftar PUBI Perak di dalam usaha mereka memajukan perniagaan masing-masing dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar sekarang ini.

Melalui inisatif ini, Ahli Jawatankuasa PUBI Perak atau Ahli Berdaftar PUBI Perak boleh mencalonkan ahli-ahli yang difikirkan layak untuk diiktiraf sebagai IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018 berdasarkan kemajuan dan kejayaan mereka di dalam perniagaan bagi tahun 2018 ini. Kemudian satu proses pengundian akan dibuat di mana semua ahli-ahli berdaftar PUBI Perak akan mengundi Ikon Usahawan pilihan mereka dan orang ramai juga akan berpeluang untuk memilih seorang Ikon Usahawan pilihan mereka yang mana proses pengundian ini telahpun bermula pada 3hb Disember 2018 yang lalu di peringkat pengundian Ahli Berdaftar manakala pengundian peringkat orang ramai pula akan dibuat pada 10hb Disember 2018

Calon yang akan mendapat undian tertinggi melalui proses-proses undian ini akan dinobatkan sebagai Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 secara rasminya. Pemenang Ikon Usahawan PUBI Perak ini akan diumumkan sewaktu majlis ‘High Tea & Appreciation Day PUBI Perak’ yang dijangka berlangsung pada bulan Januari 2019 nanti.

Program High Tea & Appreciation Day PUBI Perak akan menyaksikan kehadiran wakil-wakil atau ketua agensi kerajaan & swasta yang pernah berkolabrasi dengan PUBI Perak sepanjang 2018 seperti OUM Perak, KEMAS Parlimen Gopeng, Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Ipoh dan banyak lagi. Majlis itu juga akan meraikan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang bertukus lumus sepanjang menjalankan tugas selaku AJK sejak tahun 2016 lagi.

Ahli Jawatankuasa PUBI Perak juga beriltizam untuk menjadikan Anugerah Ikon Usahawan PUBI Perak ini sebagai anugrah berprestij yang diadakan setiap tahun mulai tahun 2018 ini. Semoga dengan inisiatif ini akan menyemarakkan lagi semangat semua ahli berdaftar PUBI Perak untuk lebih berjaya di dalam perniagaan masing-masing dan bekerja keras untuk lebih maju ke hadapan. Insyallah..

PENCARIAN IKON USAHAWAN PUBI PERAK KINI BERMULA..

TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. Terbuka kepada semua Ahli Berdaftar PUBI Perak sahaja.
  2. Tidak layak untuk ahli yang digantung keahliannya akibat tidak membayar yuran tahunan.
  3. Penyertaan perlu dicalonkan oleh Ahli Jawatankuasa atau Ahli Berdaftar PUBI Perak sebelum 30hb November 2018 ini.
  4. Ahli Boleh mencalonkan diri sendiri.
  5. Penyertaan WAJIB menggunakan borang dalam talian yang disediakan melalui link ini →

Nota: Ahli Majlis Tertinggi PUBI Perak yang terdiri daripada Pengerusi, Timb. Pengerusi, Setiasausaha Agung, Bendahari Agung, Pen. Setiausaha dan Pen. Bendahari TIDAK BOLEH dicalonkan sebagai Ikon Usahawan PUBI Perak dan akan bertindak sebagai Penganjur atau Ahli Panel Juri.

PROSES PEMILIHAN IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018 

  • Pemenang Ikon Usahawan PUBI Perak akan dipilih melalui dua fasa pemilihan dalam talian iaitu Pusingan Pertama dan Pusingan Kedua (Akhir).
  • Proses pengundian di setiap pusingan pula ditentukan mengikut peratusan pengundian di mana Ahli Majlis Tertinggi mencakupi 40% undian, AJK Induk & Ahli Berdaftar mencakupi undian sebanyak 40% manakala orang awam pula sebanyak 20%.
  • Undian Pusingan Pertama akan dibuka pada minggu pertama bulan disember dan akan berlangsung selama 14 hari untuk memilih 3 orang calon dengan undian tertinggi. 3 orang calon dengan undian tertinggi ini akan layak ke pusingan kedua atau pusingan akhir.
  • Pusingan kedua (Akhir) akan bermula pada minggu ketiga bulan disember dan akan berlangsung selama 14 hari juga dan seorang calon dengan undian tertinggi akan dinobatkan sebagai IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018 pada majlis High Tea & Appreciation Day PUBI Perak yang dijangka berlangsung pada bulan Januari 2019 nanti.
  • Setiap individu hanya boleh mengundi sekali sahaja pada setiap pusingan pengundian.

HADIAH IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018

  1. Sijil Pengiktirafan sebagai Ikon Usahawan PUBI Perak 2018.
  2. Wang Tunai bernilai RM500 dan Piala/Trofi Ikon Usahawan PUBI Perak 2018.
  3. Akan dijemput sebagai tetamu khas pada Mesyuarat Agung Tahunan PUBI Perak 2018 yang dijangka berlangsung pada bulan Februari 2018 di Hotel ternama di Bandaraya Ipoh.

Nota:

  • Hadiah akan disampaikan oleh VVIP dan hanya seorang sahaja yang akan dinobatkan sebagai Ikon Usahawan PUBI Perak 2018.
  • Keputusan Ahli Panel Juri yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi PUBI Perak adalah muktamat dan tiada bantahan boleh dibuat. Sebarang surat-menyurat juga tidak akan dilayan.

Ahli Jawatankuasa PUBI Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua dan ambillah peluang yang ada ini. Semoga dengan inisiatif ini akan menyemarakkan lagi semangat semua ahli berdaftar PUBI Perak untuk lebih berjaya di dalam perniagaan masing-masing dan bekerja keras untuk lebih maju ke hadapan. Insyallah..

SENARAI CALON IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018

Alhamdulilah, percalonan bagi Kempen Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 telah pun ditutup pada 30hb November 2018 yang lalu dan seramai 10 orang Ahli PUBI Perak telah dicalonkan secara rasmi oleh Ahli Berdaftar PUBI Perak dengan sokongan Ahli Jawatankuasa dan Ahli Majlis Tertinggi.

Mereka yang tercalon adalah seperti di bawah ini;

1. Shahrul Izam Bin Mustapha (Pengasas Produk Bidara Wira Wahyu)

2. Seri Melati Binti Asril (Pengusaha Katering dan Restoran Adily)

3. Rosnan Bin Man (Pengusaha Café Hipster Nan Station 18)

4. Mazuin Binti Mad Saad (Pengusaha Kedai Runcit Berkat Alia)

5. Kudus Alie Novel Bin Mohamat Yunus/Abu Naufal (Pengusaha Agensi Pelancongan)

6. Mohd Noor Shafizzal Bin Termizi (Pengusaha Pusat Tuisyen Puncak Yakin)

7. Safiah Binti Hussin (Pengusaha Tudung Jenama Sendiri Arsha Trendy)

8. Shaharizad B. Shahrul Asmawi (Pengarah Syarikat dan Pengasas Bersama Produk Kecantikan Folio Essence)

9. Aini Safina Jamaludin (Pengusaha Perkhidmatan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam)

10. Nur Syuhaida Binti Che Wai (Pengusaha Pelbagai Jenis Kek dan Pastri)

Pihak Pengurusan PUBI Perak mengucapkan TAHNIAH kepada mereka yang telah dicalonkan dan Insyallah pengundian akan dibuka kepada orang awam bermula minggu hadapan. Semoga dengan kempen Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 yang dianjurkan ini akan menyemarakkan lagi semangat para usahawan untuk lebih maju pada masa hadapan. Insyallah..

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengerusi PUBI Perak melalui talian 019-5773924.
All images are copyrighted to their respective owners.