FAM TAMBAH JUMLAH TIKET ONLINE DARI 20,000 KEPADA 30,000!
Atas tindakan www.tickethotline.com.my yang melakukan ujian sistemnya setengah jam lebih awal bagi jualan aksi Final 1, Malaysia lwn Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini (11 Disember 2018) yang sepatutnya bermula 9.00 pagi tadi, 20,000 keping tiket telah pun habis terjual dalam masa sangat singkat sebentar tadi.
Lantaran itu, FAM mengambil pendekatan menambah 10,000 keping tiket yang akan dibuka penjualannya secara online sebentar lagi, menjadikan hanya baki 10,000 keping akan dijual secara online 9.00 pagi esok (Sabtu, 8 Disember 2018) sehingga habis kuota yang ditetapkan itu.
Seterusnya, baki 40,000 keping tiket lagi akan dijual secara fizikal bermula Ahad ini (9 Disember 2018). Info lanjut akan dimaklumkan kemudian.
Sumber: FB Page Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)
KOMEN TERKINI