TERKINI: SEORANG LAGI MAUT AKIBAT COVID-19 DI MALAYSIA

Satu kematian akibat Covid-19 dicatatkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan empat kematian setakat Sabtu (21 Mac 2020).

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang sedang berlangsung kini.

Ini menjadikan dua kes kematian dilaporkan dalam masa 24 jam di mana kes kematian ketiga telah diumumkan semalam.

Terkini – Lebih 600 Orang Maut Dalam Masa Sehari Di Itali, Tentera Dikerah Bantu Kuatkuasa “Lockdown” –>

Difahamkan, mangsa kempat yang maut adalah daripada kes-238 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia yang berumur 50 tahun dan merupakan kluster daripada jemaah tabligh.

Beliau dimasukkan ke hospital pada 12 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia hari ini (Sabtu) pada jam 10.30 pagi.

Perkongsian Pengalaman Seorang Lelaki Yang Positif Covid-19 Dan Kini Dirawat Di HKL –>

TAMBAHAN LAGI 153 KES LAGI HARI INI DI MALAYSIA

Menerusi persidangan media yang dibentangkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia,  telah mengumumkan bahawa sebanyak 27 kes telah pulih pada harini dan menjadikan jumlah pulih ialah sebanyak 114 kes.

Sehingga 21 Mac 2020 sehingga pukul 12 tengah hari ini, jumlah 153 kes terbaru ini menjadikan 1183 kes yang dijangkiti wabak Covid-19.

Oleh itu, sebanyak 90 kes kluster pertama dan kes selebihnya sedang di siasat untuk kepastian.

Sehingga kini, 37 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi. 23 daripada jumlah ini memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber : KKM