TERKINI – LEBIH 600 ORANG MAUT DALAM MASA SEHARI DI ITALI, TENTERA DIKERAH BANTU KUATKUASA “LOCKDOWN”
Askar-askar telah dikerah di Itali bagi membantu menguatkuasakan perintah berkurung (lockdown) di negara tersebut pada Jumaat.
Ini berikutan angka kematian yang tidak terkawal mencecah 627 dalam masa sehari, angka terbesar dalam tempoh 24 jam di dunia sejak wabak tersebut bermula.
Pakar perubatan dari China yang membantu Itali berdepan dengan krisis itu berkata, sekatan yang dikenakan di Lombardy, wilayah yang paling teruk terjejas adalah tidak cukup ketat.
Perkongsian Pengalaman Seorang Lelaki Yang Positif Covid-19 Dan Kini Dirawat Di HKL –>
Oleh itu, kerajaan telah bersetuju bahawa tentera diturunkan bagi membantu penguatkuasaan perintah berkurung, kata Presiden wilayah Lombardy, Attilio Fontana, dalam satu sidang media pada Jumaat.
(Permintaan untuk menggunakan tentera) telah diterima.. dan 114 tentera akan berada di seluruh Lombardy.. ia masih terlalu kecil tetapi ia positif.
Kita masih tidak melihat perubahan trend dalam angka kematian yang semakin meningkat,” kata Fontana.
Difahamkan, tentera telah tiba dan kini ditempatkan di wilayah tersebut bagi memastikan rakyat mematuhi peraturan sepanjang Perintah Berkurung.
Lebih 4,000 kematian direkodkan di Itali di mana lebih tinggi dari mana-mana negara dan hampir 6,000 jangkitan baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif mencecah lebih 47,000 setakat Jumaat (20 Mac 2020).
Terkini: Seorang Lagi Pesakit Covid-19 Meninggal Dunia –>
Sumber: CNN & Siakap Keli
KOMEN TERKINI