DALAM USAHA MENARIK MINAT LEBIH RAMAI GOLONGAN BELIA MENYERTAI USAHAWAN, KUMPULAN PUBI MENGAMBIL LANGKAH KE HADAPAN DENGAN PENUBUHAN KELAB BELIA PEMACU USAHAWAN BANDAR IPOH ATAU DENGAN NAMA SINGKATAN KBPUBI!

Terkini pada 12hb November 2019, Kelab Belia PUBI yang diusahakan oleh Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak yang terdiri daripada Setiausaha Kehormat, Saudara Mohamad Jamean dan Pen. Bendahari PUBI Perak iaitu Cik Mawardah.

Kelab Belia ini akan mensasarkan golongan belia berumur di antara 16 – 30 tahun dan pelbagai aktiviti yang bermanfaat akan dirancang untuk dilaksanakan seiring dengan Dasar Keusahawanan Negara yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Misi utama kelab belia ini adalah untuk menjadi penggerak dalam melahirkan belia yang progresif dan aktif dalam meningkatkan sosio ekonomi serta melahirkan pemimpin masa depan disamping misinya untuk menjadi sebuah persatuan belia yang berdaya saing, kreatif dan berinovatif menjelang 2030.

Antara objektif utama penubuhan Kelab Belia ini adalah;

  • Mendidik dan melahirkan belia  yang berhemah tinggi,  bersatu padu, berpengetahuan, berkepimpinan serta mempunyai jadi diri yang utuh yang dapat membangunkan diri, Keluarga, Masyarakat, Agama, Bangsa Dan Negara.
  • Membina belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelaan.
  • Membantu belia ke arah meningkatkan kemuafakatan di kalangan seluruh maysrakat
  • Membantu belia meningkatkan diri dalam pelbagai bidang yang diceburi tertutamanya di bidang keusahawanan dan mewujudkan hala tuju belia yang berintegriti serta dinamik
  • Membina generasi pelapis yang berwawasan, kreatif dan berdaya saing.
  • Memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan ukhwah sesama insan.

Berikut adalah Ahli jawatankuasa penaja yang telah dipilih pada mesyuarat penubuhan yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul Baha Bin Abd Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI pada 30hb Julai 2019 yang lalu.


Sijil Penubuhan Kelab Belia PUBI yang diterima dari Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia & Sukan

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PENAJA KELAB BELIA PEMACU USAHAWAN BANDAR IPOH (KBPUBI) 2020;

Penasihat : En. Sharul Baha Bin Abd Rahman
Pengerusi : Mohamad Jamean Bin Zulkepli
Timbalan Pengerusi : Mohamad Mazhar Bin Abdul Khadir
Setiausaha : Mawardah Binti Ahmad Yusni
Pen. Setiausaha : Madzarul Yusuf Bin Ahmad
Bendahari : Nur Aina Binti Jaafar

Ahli Jawatankuasa;
1) Muhammad Taufiq Bin Abdullah Sani
2) Shahzuwan Bin Safuan
3) Muhammad Naufal Aizat Bin Saiful Faizal
4) Mohammad Fakhrullah Bin Rosnan
5) Muhammad Amirul Bin Soleh

Semoga penubuhan Kelab Belia ini akan berjaya mencapai objektif penubuhannya serta berjaya menjadi peneraju ke arah melahirkan usahawan belia yang berjaya dan menjadi contoh kepada anak muda yang lain. Insyallah..

Baca lanjut Posting berkaitan Penubuhan Kelab Belia Pubi –>


Barisan Ahli Jawatankuasa Kelab Belia PUBI yang telah dilantik

KBPUBI adalah wadah terbaharu agenda usahawan di dalam Bandaraya Ipoh yang mana ianya akan menggembleng golongan usahawan muda yang ingin maju pada masa hadapan di dalam bidang perniagaan masing-masing.

Semoga penubuhan Kelab Belia ini akan berjaya mencapai objektif penubuhannya serta berjaya menjadi peneraju ke arah melahirkan usahawan belia yang berjaya dan menjadi contoh kepada anak muda yang lain.

Mohamad Jamean Zulkepli
Pengerusi Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI)