KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 02hb Disember 2019 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah kunjung hormat ke Pejabat D’Aman Residensi Sdn Bhd utk bertemu dengan Pengarah Urusan D’Aman Residensi Sdn Bhd Dato’ Azizul Kama Bin Abd Aziz dan CEO D’Aman Residensi Mr Ong Teen Boon.

Mewakili Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi, En Sharul Baha Abd Rahman dan dua orang Ahli Lembaga Koperasi, En Mohd Fhami dan Cik Nor Zarina.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk membincangkan kerjasama strategik dan usahasama di antara kedua-dua pihak.

Alhamdulillah, sebuah usahasama dan kerjasama strategik akan dimeterai tidak lama lagi yang mana ianya akan memberi impak ekonomi kepada seluruh ahli PUBI Perak dan Anggota KOPUBI Perak Bhd.


Barisan Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd bergambar bersama Pengarah Urusan D’Aman Residensi Sdn Bhd Dato’ Azizul Kama Bin Abd Aziz dan CEO D’Aman Residensi Mr Ong Teen Boon.

Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada dua orang tokoh dari D’Aman Residensi ini yang sudi memberi peluang kepada kami untuk bergerak maju pada masa hadapan.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan. Insyallah..



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

Cik Nor Zarina Zamzuri
Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd