SUSULAN TRAGEDI KEBAKARAN PUNCAK JELAPANG | PUBI PERAK BERJAYA MENGUMPUL SUMBANGAN BERJUMLAH RM6,000 UNTUK MEMBANTU AHLI KELUARGA MANGSA!

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Pada 12hb Disember 2018 yang lalu, JK Kebajikan & Kerohanian Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang diketuai oleh Cik Mawardah Ahmad Yusni telah melancarkan Tabung Bantuan Khairat Kematian kepada ahli keluarga mangsa tragedi kebakaran di Puncak Jelapang yang telah menimpa mereka pada hari selasa, 11hb Disember 2018 yang lalu.


DI DALAM TRAGEDI TERSEBUT, 6 ORANG TELAH TERKORBAN! 

Empat daripada enam mangsa yang ditemui rentung di sebuah rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, Jelapang, hari ini ialah pelajar yang bekerja sambilan sempena cuti sekolah.

Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16 dan Ahmad Faizal Aminuddin, 16, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu yang juga rakan baik dan tinggal di Kampung Seri Aman, Menglembu.

Turut terkorban, seorang lagi rakan mereka, Muhamad Azhar Shah Rosli, 19, yang sudah bekerja selama dua tahun dengan syarikat terbabit sementara seorang lagi, pemilik syarikat, P Thiagarajan, 40.

Ketika kejadian jam 1.50 petang itu, kesemua mangsa berada di tingkat atas bangunan untuk membuat persiapan sambutan Krismas.

Baca lanjut laporan kejadian oleh Astro Awani —>


SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PUBI PERAK TELAH MERAYU SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI BAGI TUJUAN BERIKUT;

1. Membantu meringankan beban dan mengurangkan rasa sedih serta hiba ahli keluarga mangsa di atas kematian orang yang tersayang.

2. Kebanyakkan mangsa berasal dari keluarga yang sederhana (susah) dan bekerja untuk membantu meringankan beban ahli keluarga masing-masing sempena cuti sekolah.

3. Sebagai rasa prihatin kita kepada ahli keluarga mangsa yang majoritinya orang islam disamping membantu yang bukan islam sebagai lambang keharmonian Negara Kita yang berbilang bangsa serta saling menghormati.


ALHAMDULILLAH, BERKAT USAHA YANG DIJALANKAN, PUBI PERAK BERJAYA MENGUMPUL SUMBANGAN SEBANYAK RM6,000 DARIPADA ORANG RAMAI!



Kami sangat terharu dengan sambutan yang diterima dari orang ramai dan tidak menyangka jumlah sasaran kutipan dapat dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan.


Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang telah membuat sumbangan.


Semoga Allah memberkati usaha yang dijalankan ini dan semoga Allah memudahkan urusan Ahli Keluarga Mangsa Tragedi Puncak Jelapang ini. 

Alhamdulillah..


– Ahli Jawatankuasa PUBI Perak

Sehubungan dengan itu, pihak PUBI Perak akan bekerjasama dengan Pengerusi MPKK, RPT Kampung Sri Aman, Menglembu Perak, Tuan Azha Bin Md Isa dan Ketua AJK Masjid Abdul Rahman Auf, Ipoh bahagian Biro Ekonomi iaitu En. Jalil akan menganjurkan sebuah Majlis bagi menyampaikan sumbagan ini kepada ke semua waris mangka kejadian pada 26hb Disember 2018 bertempat di RPT Kampung Sri Aman Menglembu, Ipoh Perak.

Dijangka akan turut serta pada Majlis Penyampaian Sumbangan ini adalah wakil dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang juga merancang untuk membuat sumbangan kepada waris pelajar pada majlis yang sama pada hari tersebut.

Selain itu, pihak PUBI Perak juga merancang untuk mengundang Exco Kerajaan Negeri Perak iaitu YB Yunus Jamshari dan ADUN kawasan iaitu YB Steven Chaw Kam Foon untuk hadir ke majlis penyerahan tersebut.

Semoga Majlis yang dirancang ini akan berlangsung dengan lancar dan berjaya dan orang ramai yang ada kelapangan dijemput untuk hadir.

Insyallah..