
TRAGEDI KEBAKARAN PUNCAK JELAPANG | JOM KITA BANTU AHLI KELUARGA MANGSA!
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
JK Kebajikan & Kerohanian Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang diketuai oleh Cik Mawardah Ahmad Yusni telah melancarkan Tabung Bantuan Khairat Kematian kepada ahli keluarga mangsa tragedi kebakaran di Puncak Jelapang yang telah menimpa mereka pada hari selasa, 11hb Disember 2018 yang lalu.
DI DALAM TRAGEDI TERSEBUT, 6 ORANG TELAH TERKORBAN!
Empat daripada enam mangsa yang ditemui rentung di sebuah rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, Jelapang, hari ini ialah pelajar yang bekerja sambilan sempena cuti sekolah.
Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16 dan Ahmad Faizal Aminuddin, 16, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu yang juga rakan baik dan tinggal di Kampung Seri Aman, Menglembu.
Turut terkorban, seorang lagi rakan mereka, Muhamad Azhar Shah Rosli, 19, yang sudah bekerja selama dua tahun dengan syarikat terbabit sementara seorang lagi, pemilik syarikat, P Thiagarajan, 40.
Ketika kejadian jam 1.50 petang itu, kesemua mangsa berada di tingkat atas bangunan untuk membuat persiapan sambutan Krismas.
Baca lanjut laporan kejadian oleh Astro Awani —>
SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PUBI PERAK INGIN MERAYU SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI BAGI TUJUAN BERIKUT;
1. Membantu meringankan beban dan mengurangkan rasa sedih serta hiba ahli keluarga mangsa di atas kematian orang yang tersayang.
2. Kebanyakkan mangsa berasal dari keluarga yang sederhana (susah) dan bekerja untuk membantu meringankan beban ahli keluarga masing-masing sempena cuti sekolah.
3. Sebagai rasa prihatin kita kepada ahli keluarga mangsa yang majoritinya orang islam disamping membantu yang bukan islam sebagai lambang keharmonian Negara Kita yang berbilang bangsa serta saling menghormati.
PUBI PERAK MENYASARKAN JUMLAH KUTIPAN SUMBANGAN SEBANYAK RM6,000 KESELURUHAN DENGAN SASARAN MINIMA SUMBANGAN SEBANYAK RM1,000 KEPADA SETIAP KELUARGA MANGSA!
Sumbangan ikhlas anda semua boleh dibuat melalui akaun berdaftar PUBI Perak seperti berikut:
5582 7500 8858 MAYBANK
(Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak)
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI PEJABAT KAMI DI TALIAN 05-322 3924
Semoga Allah memberkati usaha yang dijalankan ini dan semoga Allah memudahkan urusan Ahli Keluarga Mangsa Tragedi Puncak Jelapang dan mohon juga sesiapa yang ternampak posting ini sila share dan panjangkan usaha ini.Insyallah..
Ahli Jawatankuasa PUBI Perak

Info lanjut kejadian, Sila klik di bawah ini..
*Nota: Tempoh kutipan adalah sehingga 22hb Disember 2018 sahaja.
KOMEN TERKINI