
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 28hb Februari 2023 yang lalu, PUBI Perak telah dijemput untuk hadir ke Taklimat Penganjur Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Ipoh 2023 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) iaitu Tuan Ahmad Munir bin Ishak.
AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Bengkel Latihan Inisiatif Pengurusan Terbaik Bagi Pengusaha
Mewakili PUBI Perak kemesyuarat ini adalah Tuan Pengerusi PUBI iaitu En Sharul Rahman dan seorang Ahli Jawatankuasa iaitu En. Khairul Akmal serta Pelajar Latihan Industri Saudara Hery.
Turut hadir ke taklimat ini adalah wakil-wakil daripada penganjur seperti Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG), Persatuan Penjaja Peniaga Kecil Melayu Perkasa (PERKASA), Persatuan Penjaja & Peniaga Melayu Kecil Negeri Perak dan lain-lain lagi.
Taklimat ini telah dianjurkan bagi membentangkan syarat-syarat serta tatakelola pelaksanaan Bazar Ramadan di bawah selian Majlis Bandaraya Ipoh kepada penganjur yang telah berjaya dipilih sebagai penganjur bazar ramadan yang sah bagi tahun 2023 ini.
Alhamdulillah Tuan Ahmad Munir bin Ishak selaku Setiausaha Bandaraya memaklumkan sebanyak 21 tapak bazaar ramadhan telah telah diluluskan secara rasmi oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan melibatkan sebanyak 13 penganjur yang terdiri daripada NGO, Koperasi, KRT dan Jawatankuasa Masjid/Surau.
Bagi tahun 2023 ini juga, sebanyak 1,384 buah tapak Bazar Ramadan telah disediakan kepada para peniaga bagi menjalankan aktiviti perniagaan di Bazar Ramadan ini dengan mensasasar seramai 1 Juta pengunjung secara keseluruhan di Bandar Ipoh ini.
Dalam pada itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah dilantik secara rasmi sebagai salah satu penganjur bagi Bazar Ramadan ini di mana PUBI Perak akan menganjurkan Bazar Ramadan tersebut di dua buah lokasi yang sangat strategik iaitu di Station 18 (Laluan di perkarangan AEON Ipoh Station 18) dan juga di Taman Temara.
Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pihak Majlis Bandaraya Ipoh kerana telah melantik PUBI Perak sebagai salah satu penganjur bagi Bazar Ramadan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh ini.

Sementara itu, Pengerusi PUBI Perak, En Sharul Rahman turut merakam ucapan setinggi penghargaan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh terutamanya Datuk Bandar di atas kepercayaan serta keyakinan terhadap Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak bagi menjayakan Bazar Ramadan bagi tahun 2023 / 1444H ini.
Sudah pasti peluang yang diberikan ini akan dimanfaat bersungguh-sungguh bagi memastikan pelaknaan Bazar Ramadan ini lancar serta mengikut piawaian yang telah ditetapkan disamping membantu peniaga-peniaga kecil menambah pendapatan pada bulan yang sangat mulia ini.
PUBI Perak dengan penuh harapan mendoakan agar pembukaan bazaar ramadhan pada tahun ini akan memberi impak yang besar kepada ekonomi yang kian menguncup dan memberi suntikan semangat serta harapan kepada peniaga-peniaga kecil yang agak tertejas akibat daripada pandemik yang telah melanda negara kita ini.
Di harap juga seluruh masyarakat akan terus memberi sokongan kepada bazar ramadan yang bakal dibuka tidak lama lagi dan berbelanja dengan berhemah disamping membantu para peniaga meningkatkan pendapatan masing-masing serta membantu pihak persatuan menaikkan semula sektor perniagaan bazaar ramadhan yang telah menyepi sejak beberapa tahun lepas.
Dengan bantuan daripada anda semua, aktiviti ekonomi ini akan berjalan dengan rancak semula dan para peniaga akan dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka pada era pasca pandemik covid-19 ini.
Sokongan daripada anda semua amatlah dialu-alukan dan dihargai. Berbelanjalah di bazaar ramadhan disamping mendapatkan juadah berbuka puasa yang pelbagai untuk keluarga anda semua.
PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.
Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.
Insyallah..
#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan
KOMEN TERKINI