PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 28hb Februari 2023 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah program anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Global Environment Center, Yayasan Hasanah dan Jabatan Pengairan & Saliran Perak yang telah berlangsung di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Sesi Lawatan Tapak Ke Bazar Ramadan Bersama Pembekal Khemah

Tetamu kehormat merangkap perasmi program adalah Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Teh Kok Lim selaku Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak.

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke program ini adalah Tuan Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Rahman, Setiausaha Kehormat Persatuan iaitu En Haizul Fakarudin, Bendahari Kehormat Persatuan iaitu Saudara Mohamad Nafis, Puan Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha, Pn Norhuda selaku Penolong Bendahari dan juga Pn Noor Azlina selaku Ahli Jawatankuasa Persatuan.

Objektif utama program ini adalah untuk membentangkan kertas kerja berkaitan Projek Pengawasan Kelestarian Lembangan Sungai Kinta melalui amalan hidup hijau kepada para peserta yang terdiri daripada pengusaha terpilih dan juga badan bukan kerajaan (NGO) di Negeri Perak ini.

Alhamdulillah dengan kehadiran PUBI Perak ke program ini maka segala input-input terkini telah diterima dengan baik serta akan dipraktikkan pada masa hadapan bagi memantapkan lagi sektor keusahawanan di Negeri Perak ini disamping memberi impak tersendiri kepada ekonomi di Negeri Perak.

Mewakili Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ke program ini adalah Tuan Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul Rahman, Setiausaha Kehormat Persatuan iaitu En Haizul Fakarudin, Bendahari Kehormat Persatuan iaitu Saudara Mohamad Nafis, Puan Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha, Pn Norhuda selaku Penolong Bendahari dan juga Pn Noor Azlina selaku Ahli Jawatankuasa Persatuan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak abatan Alam Sekitar Negeri Perak dengan kerjasama Global Environment Center, Yayasan Hasanah dan Jabatan Pengairan & Saliran Perak kerana sudi menjemput PUBI Perak untuk hadir ke program yang berimpak tinggi seumpama ini dan ini adalah satu penghormatan serta pengiktirafan kepada PUBI Perak sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Adalah menjadi harapan semua pihak agar program ini dapat memberi impak kepada seluruh masyarakat serta mampu memantapkan lagi sektor ekonomi berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak