PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 28hb September 2024 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan sebuah sesi Taklimat Kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk Beku) kepada 30 orang peserta yang telah terpilih untuk mengikuti kursus yang bakal dijalankan pada 11hb – 13hb Oktober 2024 ini nanti.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Inisiatif Baharu PERKESO Mendepani Masyarakat Madani

Sesi takimat yang dianjurkan oleh PUBI Perak ini telah berlangsung di Dewan Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta, Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat Perak En. Sharul Baha bin Abd Rahman, Pengerusi PUBI Perak telah diberi tanggungjawab untuk menyampaikan sesi taklimat ini dan turut dibantu oleh Ahli Jawatankuasa yang lain seperti, En. Mohamad Nafis bin Zamah Sari, Bendahari PUBI Perak, Pn Zuraida Zulkepli, Penolong Setiausaha PUBI Perak dan Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ahli Jawatankuasa.

Alhamdulillah, seramai 30 orang peserta yang telah terpilih untuk mengikuti kursus ini telah hadir untuk mendengar taklimat tersebut dan seterusnya telah ditawarkan untuk mengikuti kursus Pembuatan Kuih Karipap Frozen (Sejuk Beku) yang akan berlangsung pada 11hb -13hb Oktober 2024 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh Perak dan Bengkel JWAN Delight di Kampung Temiang, Ipoh Perak.

PUBI Perak pada 11hb September 2024 yang lalu telah membuka permohonan untuk menyertai Kursus ini kepada orang ramai dan lebih 100 orang calon peserta telah memohon untuk mengikut kursus ini dan hanya 30 permohonan sahaja yang telah diluluskan oleh PUBI Perak.

Untuk makluman semua, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah terpilih oleh Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) untuk melaksanakan Kursus Pembuatan Kuih Muih Frozen (Sejuk Beku).

Difahamkan terdapat hampir 30 NGO dari seluruh negara telah dijemput pada sesi taklimat ini dan hanya NGO yang berjaya menepati kriteria yang ditetapkan oleh pihak kementerian sahaja yang telah terpilih untuk menjalankan program ini.

Pengerusi PUBI Perak telah diberi tanggungjawab untuk menyampaikan sesi taklimat ini.

Syukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak yang telah terpilih bagi untuk pelaksanaan program ini seterusnya diterima secara rasmi sebagai penganjur pelaksana program yang bakal dijalankan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), yang sudi memberi peluang kepada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan ini adalah satu penghormatan yang diterima oleh persatuan sejak ditubuhkan pada tahun 2016 yang lalu.

Semoga program ini memberi impak ekonomi yang besar kepada peserta yang bakal terpilih terutamanya golongan wanita serta mampu menjadikan mereka seorang usahawanita yang berdaya maju serta berdaya saing pada masa hadapan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan mampan sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBIPerak #KumpulanPUBI #NGOUsahawan #NGOPerak #ProgramJPW