KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 1hb Oktober 2024 yang lalu telah berlangsung sebuah program anjuran ANGKASA Negeri Perak iaitu Program Jelajah Transformasi Koperasi Sekolah bersama PIBG 2024 bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping Perak.
Pada program yang telah berlangsung ini, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana telah membuka sebuah Booth Pameran MyAngkasa Amanah Bhd. Booth ini telah diselia sepenuhnya oleh Wakil-wakil Pemasaran di bawah KOPUBI Perak Bhd.
Melalui Booth Pameran ini, para peserta yang menyertai Kursus ini telah diberi penerangan secara rawak tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Booth Pameran Perkhidmatan MyAngkasa Amanah Bhd
Di samping itu, wakil pemasaran KOPUBI Perak Bhd juga turut memberi maklumat lengkap berkaitan dengan produk Myangkasa Amanah Bhd, antaranya Mywasiat, Myhibah, Mypusaka dan MyAmanah dan kepentingan untuk melantik wasi (pentadbir).
Untuk makluman semua, Program Jelajah Transformasi Koperasi Sekolah Bersama PIBG Peringkat Negeri Perak 2024 adalah anjuran Angkasa Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak, SKM Negeri Perak , IKMA Cawangan Perak dan rakan strategik Angkasa Negeri Perak, VX Steps Sdn Bhd.
Kehadiran dalam program ini melibatkan 105 buah sekolah di mana barisan Pengetua Sekolah dan YDP PIBG bagi sekolah-sekolah di daerah Kuala Kangsar, Larut Matang Selama, Kerian & Hulu Perak.
Matlamat utama dalam program adalah penekanan kepada Peraturan dan Garis Panduan yang perlu dipatuhi oleh koperasi sekolah di samping maklumat-maklumat seperti bentuk-bentuk pembiayaan dan bantuan yang ditawarkan oleh pihak SKM khususnya.
Sementara itu pihak IKMA Cawangan Perak memberi maklumat berkaitan kursus dan program yang ditawarkan khusus kepada ALK Koperasi Sekolah, antara kursus-kursus wajib yang melibatkan tentang pentadbiran dan pengurusan koperasi serta penguaditan dalaman koperasi.
Dalam menempuh era pendigitalan sekolah dan koperasi khususnya, Syarikat VX Steps Sdn Bhd dijemput bagi memberi taklimat berkenaan kad pintar pelajar yang mana ini merupakan satu platform yang boleh digunakan sebagai medium baru dalam perekodan transaksi dan penyimpanan data.
Turut bersama dalam program ini wakil dari Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak, antaranya Puan Fadzilah Arshad, Timbalan Pengerusi JPAN Perak, En Sharul Baha bin Abd Rahman dan En Azhar Mann, selaku Setiausaha dan Bendahari JPAN Perak, YM Raja Nor Akmar binti Raja Abd Omar dan Puan Wiza Rozahrin Mohamed Radzi hadir mewakili Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Perak (Kumpulan Pembangunan Koperasi Angkasa Negeri Perak).
Pihak Angkasa Negeri Perak juga amat teruja dan berbangga dengan kehadiran YB Dato’ Salbiah binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak dalam menyempurnakan majlis penutupan program ini.
Turut bersama-sama dalam majlis penutupan program ini, Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed Shafie Abd Karim, selaku Pengerusi JPAN Perak, Yang Berusaha En Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid dari Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Yang Berusaha En. Kevin Raj selaku CEO VX Brands dan Yang Berusaha En. Mohamad Shafik bin Mohamad Amin, Timbalan Pegawai Pendidikan Sektor Pembangunan Murid dari Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.
Untuk makluman semua, pada bulan Jun 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah dilantik sebagai Rakan Niaga Premium Koperasi dengan kerjasama anak syarikat ANGKASA iaitu MyAngkasa Amanah Bhd.
Melalui pelantikan ini, KOPUBI Perak Bhd boleh memberi perkhidmatan serta memasarkan semua produk-produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyAngkasa Amanah Bhd pada kadar yang diselaraskan kepada semua pelanggan.
Dengan ini KOPUBI Perak Bhd telah menjadi sebuah hub penyedia perkhidmatan ini dan bakal menjadi sebuah koperasi yang kompiten serta berdaya maju. Semoga dengan adanya perkhidmatan tambahan ini maka dijangka perolehan kepada pendapatan tahunan KOPUBI Perak Bhd akan berjaya dipertingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya. Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak pada masa hadapan.
Insyallah..
#KOPUBI #MyAngkasaAmanah #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia
KOMEN TERKINI