WHATSAPP DAH ADA “DARK MODE”, INI CARA NAK TUKAR MOD GELAP UNTUK IOS DAN ANDROID

TERKINI – WHATSAPP DAH ADA “DARK MODE”, INI CARA NAK TUKAR MOD GELAP UNTUK IOS DAN ANDROID

Terbaru Aplikasi Whatsapp akhirnya menawarkan fungsi ‘dark mode’ dengan tema berwarna gelap dan ia berfungsi untuk semua pengguna Android 10 dan IOS 13.

Untuk pengguna Android 9 juga boleh mengaktifkan tema gelap ini dalam menu tetapan Whatsapp.

Tema gelap ini akan berwarna hitam gelap pada iOS dan kelabu gelap pada Android. Ia merupakan satu-satunya ciri yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang.

Baca Lanjut

DUA BERADIK DITEMUKAN LEMAS

TERKINI – DUA BERADIK DITEMUKAN LEMAS

LIPIS 29 Feb. – Dua beradik yang hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Jelai kelmarin ditemukan lemas hari ini.

Mayat mangsa, Siti Nur Hidayah Mohd Rosli,19, dan Siti Suhaida Mohd Rosli, 15, ditemukan berasingan di dua lokasi oleh pasukan penyelamat yang memulakan operasi pada pukul 8 pagi hari ini.

Seorang ditemukan terapung 1.5km dan seorang lagi 3 km dari lokasi kejadian.

Baca Lanjut

TABUNG HAJI UNTUNG RM1.3 BILION SUSULAN PELAN PENSTRUKTURAN

TERKINI – TABUNG HAJI UNTUNG RM1.3 BILION SUSULAN PELAN PENSTRUKTURAN

KUALA LUMPUR, 20 Feb — Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mencatat impak pemulihan apabila meraih keuntungan sebanyak RM1.3 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019 susulan pelaksanaan pelan penstrukturannya.

Dalam kenyataan hari ini, Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) berkata bagi tempoh sama, jumlah asetnya turut meningkat dan melebihi liabiliti pada jumlah RM2.3 bilion.

“Menerusi pakej pemulihan bagi melindungi kepentingan penyumbang dan membantu TH kembali stabil, ia tidak lagi perlu menanggung kerugian aset bernilai RM10 bilion kerana kerugian ini akan ditanggung oleh UJ dan Kerajaan Malaysia.

Baca Lanjut

PENGASAS KICAP JALEN MENINGGAL DUNIA

TERKINI – PENGASAS KICAP JALEN MENINGGAL DUNIA

Pengasas jenama Kicap Jalen kegemaran ramai, Datuk Haji Ab. Jalil Bin Hj Long telah kembali ke Rahmatullah petang tadi di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Jenazah akan dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh.

Berita berkenaan dikongsi di laman rasmi Facebook Kicap Jalen dan rata-rata ahli keluarga dan pekerja berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham.

Baca Lanjut