TERKINI – PENGASAS KICAP JALEN MENINGGAL DUNIA
Pengasas jenama Kicap Jalen kegemaran ramai, Datuk Haji Ab. Jalil Bin Hj Long telah kembali ke Rahmatullah petang tadi di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Jenazah akan dikebumikan selepas Isyak di Tanah Perkuburan Taman Kebun Teh.
Berita berkenaan dikongsi di laman rasmi Facebook Kicap Jalen dan rata-rata ahli keluarga dan pekerja berkongsi kesedihan atas pemergian Allahyarham.
Ramai yang pastinya tidak dapat melupakan dialog iklan jenama Kicap Jalen yang catchy dan sering dimainkan di corong radio. Semoga Allahyarham Ab. Jalil dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Pagi tadi, industri hiburan Malaysia dan Indonesia turut dikejutkan dengan berita kematian Ashraf Sinclair. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.
KOMEN TERKINI