TERKINI – DUA BERADIK DITEMUKAN LEMAS

LIPIS 29 Feb. – Dua beradik yang hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Jelai kelmarin ditemukan lemas hari ini.

Mayat mangsa, Siti Nur Hidayah Mohd Rosli,19, dan Siti Suhaida Mohd Rosli, 15, ditemukan berasingan di dua lokasi oleh pasukan penyelamat yang memulakan operasi pada pukul 8 pagi hari ini.

Seorang ditemukan terapung 1.5km dan seorang lagi 3 km dari lokasi kejadian.

Bayi Sembilan Bulan Maut Tertinggal Dalam Kereta –>

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Shahrul Nizam Nasir berkata, mayat kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan terapung di dua tempat berbeza.

“Mangsa pertama ditemukan pada pukul 8.45 pagi kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan kejadian manakala mayat kedua ditemukan pada pukul 9.20 pagi kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat,”katanya di sini, hari ini.

Kelmarin, dua beradik dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Jelai dekat Kampung Tanjung Gahai di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu mangsa, Siti Nur Hidayah Mohd Rosli,19, dan Siti Suhaida Mohd Rosli, 15, dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai itu.

Kasih Ibu Hingga Ke Syurga, 3 Beranak Maut Dihempap Pokok Sawit –>