GERAN KHAS PRIHATIN RM912 JUTA AKAN DISALURKAN KEPADA 304,000 PKS MIKRO MULAI 30 NOV – TENGKU ZAFRUL

Tengku Zafrul berkata, di bawah GKP 1.0 lebih 545,000 PKS mikro telah menerima manfaatnya dengan jumlah bantuan sebanyak RM1.63 bilion. – Gambar Astro Awani

INFO: GERAN KHAS PRIHATIN RM912 JUTA AKAN DISALURKAN KEPADA 304,000 PKS MIKRO MULAI 30 NOV – TENGKU ZAFRUL

KUALA LUMPUR: Peruntukan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 meningkat kepada RM912 juta daripada peruntukan asal sebanyak RM600 juta, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Beliau berkata hampir 304,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro layak menerima, lebih daripada sasaran asal iaitu 200,000 PKS mikro.

“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan GKP 2.0 mulai 30 Nov, 2020,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 27 Nov di portal GKP, https://gkp.hasil.gov.my.

Setiap permohonan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri telah disemak silang dengan data agensi kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Baca Lanjut

INTIPATI BELANJAWAN 2021: SENARAI BANTUAN KERAJAAN YANG DIUMUMKAN

INTIPATI BELANJAWAN 2021: SENARAI BANTUAN KERAJAAN YANG DIUMUMKAN

Berikut dikongsikan intipati Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Antara yang menarik pada Belanjawan kali ini ialah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang menggantikan BSH. Selain itu, pengeluaran akaun 1 KWSP sebanyak RM500 selama setahun turut diumumkan.

Anda juga boleh ikuti live update bantuan-bantuan yang akan diumumkan di Telegram rasmi https://t.me/belanjawan2021.

Baca Lanjut

BAYARAN FASA KEDUA BPN BERMULA 4 MEI INI

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini, 7.74 juta penerima telah menerima bayaran Fasa Pertama BPN berjumlah RM5.47 bilion | Gambar – Astro Awani.

TERKINI – BAYARAN FASA KEDUA BPN BERMULA 4 MEI INI

KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional untuk golongan B40 dan M40 melibatkan isi rumah dan individu bujang akan dilakukan bermula 4 Mei ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat ini, 7.74 juta penerima telah menerima bayaran Fasa Pertama BPN berjumlah RM5.47 bilion.”Proses bayaran tunai bagi mereka yang tiada akaun bank telah bermula sejak 17 April 2020 dan berjalan lancar dengan lebih 157,000 menerima bayaran secara tunai di cawangancawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.

“Dengan sukacitanya, saya ingin berkongsi bahawa pembayaran Fasa Ke-2 untuk kesemua penerima BPN golongan B40 dan M40, samada isi rumah atau individu bujang, akan dibuat mulai 4 Mei 2020,” katanya semasa Perkongsian Laporan Ke-3 Pencapaian PRIHATIN-LAKSANA pada Selasa.nullSehingga 26 April, kementeriannya telah menerima lebih 3.26 juta permohonan baharu dan rayuan.

Baca Lanjut

10 PERKARA TENTANG MENTERI KEWANGAN, TENGKU DATO SERI ZAFRUL

Image from moneycompass.com.my

10 PERKARA TENTANG MENTERI KEWANGAN, TENGKU DATO SERI ZAFRUL

Seperti yang kita sedia maklum sebelum ini Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan barisan kabinet baru di bawah pemerintahannya.

Daripada kesemua barisan kabinet yang diumumkan, antara yang paling menarik perhatian adalah jawatan Menteri Kewangan Malaysia yang kini disandang oleh Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Ketua Pengarah Urusan CIMB Bank.

Bak kata Perdana Menteri, “Hebat orangnya”.

Baca Lanjut