HARI KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini, pada 20 Julai 2025 (Ahad) yang lalu, Koperasi Pembangunan Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI Perak Bhd.) telah dijemput sebagai penyampai sesi perkongsian dalam Program Hari Kerjaya dan Keusahawanan yang berlangsung meriah di Taman Mesra Raia, Batu Gajah, Perak.

Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mesra Raia dengan tujuan untuk memperkenalkan peluang kerjaya dan perniagaan kepada komuniti setempat, khususnya dalam bidang keusahawanan sosial dan pembangunan koperasi.

Pengerusi KOPUBI Perak Bhd., En. Sharul Baha bin Abd Rahman telah dijemput khas sebagai penceramah jemputan dalam sesi utama program ini.

Baca Lanjut

TAKLIMAT KERJAYA KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

 Alhamdulillah, KOPUBI Perak Bhd terus komited dalam membuka peluang keusahawanan melalui Taklimat Kerjaya yang telah dijalankan secara berkala kepada bakal usahawan yang berminat untuk menjana pendapatan dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah dan wasiat.

Pada 23hb Mac 2025 yang lalu, satu lagi sesi taklimat telah berjaya diadakan bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Taklimat ini diadakan secara PERCUMA sebagai satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada bakal usahawan tentang potensi besar dalam industri ini.

Baca Lanjut

TAKLIMAT KERJAYA KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 21hb Januari 2020 yang lalu telah berlangsung Taklimat mini berkaitan kerjaya yang ditawarkan oleh pihak Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd kepada calon-calon Pengurus Pemasaran Koperasi yang telah hadir.

Sesi Taklimat Kerjaya ini dijalankan bagi menerangkan peluang pekerjaan mahupun jawatan kosong yang ditawarkan oleh pihak koperasi kepada penduduk-penduduk Di Bandaraya Ipoh mahupun di sekitar Negeri Perak yang berminat untuk mencari rezeki atau menambah punca pendapatan.

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd bagi merancakkan aktiviti dan kegiatan ekonomi di Negeri Perak disamping menawarkan peluang peningkatan ekonomi serta penambahanan dari segi pendapatan khusus buat warga Perak.

Baca Lanjut

TAKLIMAT KERJAYA KOPUBI PERAK BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENGORAK LANGKAH DENGAN PENGANJURAN SEBUAH SESI TAKLIMAT KERJAYA KEPADA ORANG RAMAI DI BANDARAYA IPOH

Alhamdulillah, pada 25hb Ogos 2019 yang lalu telah berlangsung Majlis Taklimat Kerjaya Koperasi serta sesi temuduga yang dianjurkan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd.

Baca Lanjut