
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Alhamdulillah, KOPUBI Perak Bhd terus komited dalam membuka peluang keusahawanan melalui Taklimat Kerjaya yang telah dijalankan secara berkala kepada bakal usahawan yang berminat untuk menjana pendapatan dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah dan wasiat.
Pada 23hb Mac 2025 yang lalu, satu lagi sesi taklimat telah berjaya diadakan bertempat di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.
Taklimat ini diadakan secara PERCUMA sebagai satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada bakal usahawan tentang potensi besar dalam industri ini.
AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI : Taklimat Pengurusan Harta Pusaka, Hibah Dan Wasiat
Peserta bukan sahaja mendapat pemahaman mendalam tentang kepentingan perancangan harta secara Islamik, tetapi juga berpeluang menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan yang stabil dan menguntungkan.
Lebih istimewa, sesi taklimat kali ini telah disampaikan oleh Pengerusi KOPUBI Perak Bhd sendiri iaitu En. Sharul Rahman, yang berkongsi ilmu, pengalaman serta strategi bagaimana bidang ini dapat menjadi satu peluang keusahawanan yang berdaya maju.
Dengan bimbingan dan perkongsian secara langsung daripada pihak pengurusan tertinggi, bakal usahawan yang hadir mendapat gambaran jelas tentang bagaimana mereka boleh memulakan langkah pertama dalam industri ini dengan lebih yakin dan terarah.
Melalui sesi taklimat ini, ramai bakal usahawan telah membuka mata terhadap kepentingan khidmat pengurusan harta pusaka yang masih kurang diterokai.
Dengan sokongan dan tunjuk ajar daripada KOPUBI Perak Bhd, mereka kini lebih bersedia untuk mengambil peluang ini sebagai satu kerjaya yang boleh memberikan manfaat kepada diri sendiri serta masyarakat.

Kami amat berbesar hati melihat sambutan positif daripada para peserta yang hadir.
Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada lebih ramai usahawan berjaya yang mampu memberikan nilai kepada komuniti.
Jika anda juga berminat untuk menyertai Taklimat Kerjaya seterusnya, jangan lepaskan peluang ini! Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan jadilah sebahagian daripada keluarga KOPUBI Perak Bhd dalam membina masa depan kewangan yang lebih kukuh.
Lihat gambar-gambar menarik sepanjang sesi taklimat dalam ruangan komen.
Jangan lupa like, share & komen untuk terus menyokong inisiatif ini.
#KOPUBIPerakBhd #TaklimatKerjaya #UsahawanHartaPusaka #MenjanaPendapatan #Keusahawanan #HibahWasiat



KOMEN TERKINI