MALAYSIA DIIKTIRAF 5 NEGARA TERBAIK DI DUNIA KAWAL COVID-19

Gambar – Sinar Harian

TERKINI: MALAYSIA DIIKTIRAF 5 NEGARA TERBAIK DI DUNIA KAWAL COVID-19

KUALA LUMPUR – Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia menjadi salah satu negara contoh, iaitu penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global.

“Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan ‘public approval’ atau penerimaan rakyat yang tertinggi.

Baca Lanjut

RAKYAT PATUH SOP SEJAK PKP LAGI, KERAJAAN ZAHIR RASA TERIMA KASIH

Menteri Kanan (kluster keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri | Gambar Google

COVID-19: RAKYAT PATUH SOP SEJAK PKP LAGI, KERAJAAN ZAHIR RASA TERIMA KASIH

Semalam merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa bermula 10 Jun 2020. Kelonggaran yang diberi oleh kerajaan terutamanya berkaitan rentas negeri telah melegakan ramai rakyat Malaysia.

Hari pertama PKPP, kerajaan ucap terima kasih kepada rakyat kerana patuh SOP

Dalam sidang media keselamatan oleh Menteri Kanan (kluster keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi, beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana patuh dengan SOP yang ditetapkan.

Baca Lanjut

TAHNIAH, TIADA KES POSITIF RAKYAT TEMPATAN DALAM NEGARA

TERKINI: TAHNIAH, TIADA KES POSITIF RAKYAT TEMPATAN DALAM NEGARA

PENCAPAIAN membanggakan apabila tiada kes positif Covid-19 dicatatkan membabitkan rakyat tempatan di dalam negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini adalah pencapaian boleh dibanggakan selepas pelbagai usaha dilaksanakan menggunakan pendekatan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan maklumat terbaharu daripada jumlah kes harian penularan dalam negara dalam kalangan warganegara.

Baca Lanjut

COVID-19: KES BAHARU MELONJAK 277

COVID-19: KES BAHARU MELONJAK 277

JANGKITAN kes baharu Covid-19 melonjak kepada 277 kes membabitkan warga asing dan hanya empat penularan rakyat tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan jumlah pulih pula meningkat sebanyak 28 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 6,559 atau 79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya, bagi jumlah kes baharu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,247 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,573 kes.

Baca Lanjut