COVID-19: KES BAHARU MELONJAK 277
JANGKITAN kes baharu Covid-19 melonjak kepada 277 kes membabitkan warga asing dan hanya empat penularan rakyat tempatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan jumlah pulih pula meningkat sebanyak 28 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 6,559 atau 79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Katanya, bagi jumlah kes baharu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,247 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,573 kes.
PKPB: Ini Senarai Aktiviti Diharap Dapat Dilonggarkan Selepas 9 Jun
“Setakat dilaporkan hari ini, enam kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah itu, dua kes memerlukan bantuan pernafasan.null
Daripada maklumat terkini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.
“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 115 kes atau 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.
Sumber: Harian Metro
KOMEN TERKINI