SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI 2019

Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak & Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua penganut Agama Hindu di Negara ini.

Selamat bercuti dan semoga berbahagia selalu bersama keluarga tercinta, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi yang hendak ditujui.. Insyallah..

Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd


KELAS MEMBUAT LAKSA & KUEY TEOW BERSAMA SIS LEA

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 12hb Oktober 2019 yang lalu, buat julong kali PUBI Perak di bawah JK Pembangunan Wanita akan menganjurkan Kelas Membuat Laksa & Kuey Teow (Mentah) bersama dengan Pengajar yang berpengalaman luas dan bertauliah serta diiktiraf oleh JPK Malaysia (Jabatan Pembangunan Kemahiran) iaitu Sis Lea atau nama sebenar beliau adalah Pn. Jamaliah Md Yatim.

Baca Lanjut

PEMBUKAAN RASMI PASAR MALAM PUBI DI PANORAMA LAPANGAN PERDANA

ALHAMDULILLAH, PADA 5HB OKTOBER 2019 YANG LALU PUBI PERAK TELAH BERJAYA MEMBUKA SEBUAH TAPAK PASAR MALAM YANG BAHARU DI SEPANJANG JALAN LEBUH LAPANGAN PERDANA 2, PANORAMA LAPANGAN PERDANA, IPOH PERAK

Pasar Malam PUBI Perak @ Panorama Lapangan Perdana yang dirancang itu kini telah dibuka di sepanjang jalan Lebuh Lapangan Perdana 2, Panorama Lapangan Perdana, Ipoh Perak pada hari Sabtu bersamaan dengan 5hb Oktober 2019 yang lalu.

Baca Lanjut

BENGKEL BRANDING & THE BIZ (SIRI 2)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 5hb Oktober 2019 yang lalu, PUBI Perak sebagai sebuah NGO Usahawan dan NGO Perak yang aktif di bandaraya Ipoh telah menganjurkan sebuah kursus usahawan iaitu Bengkel Branding & The Biz (Siri 2) dengan kerjasama syarikat Impact Media & Communications Sdn Bhd.

Baca Lanjut