PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 12hb Oktober 2019 yang lalu, buat julong kali PUBI Perak di bawah JK Pembangunan Wanita akan menganjurkan Kelas Membuat Laksa & Kuey Teow (Mentah) bersama dengan Pengajar yang berpengalaman luas dan bertauliah serta diiktiraf oleh JPK Malaysia (Jabatan Pembangunan Kemahiran) iaitu Sis Lea atau nama sebenar beliau adalah Pn. Jamaliah Md Yatim.

Sis Lea selaku tenaga pengajar yang sangat terlatih adalah merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pembangunan Wanita PUBI Perak dan beliau juga berdaftar dengan Persatuan Chef Perak.

Beliau telah telah berkongsi teknik ‘hand on’ membuat Laksa dan Kuey Teow serta teknik dan tips menjadikan Laksa & Kuey Teow tahan lama serta berkualiti. Disamping itu beliau juga berkongsi kepada semua peserta yang hadir teknik membungkus ‘Packaging’ supaya produk yang dihasilkan bertahan lama.

Bengkel ini telah diserta oleh hampir 30 orang peserta yang terdiri daripada Ahli & Bukan Ahli PUBI Perak yang berumur 18 tahun ke atas warganegara Malaysia (Wanita diberi keutamaan).

Peserta yang hadir sangat berpuas hati kerana dapat mempelajari resepi serta bahan-bahan mentah yang digunakan untuk menghasil Laksa & Kuey Teow disamping berpeluang untuk membawa balik hasil tangan masing-masing untuk dinikmati bersama keluarga di rumah.

Diharapkan bengkel ini akan dapat melahirkan usahawan-usahawan kecil yang mampu menghasilkan produk-produk makanan yang boleh dipasarkan di pasaran tempatan.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..

(opens in a new tab)”>Jom Daftar Sebagai Ahli PUBI Perak –>



Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.

Zuraida Zulkepli
Ketua JK Pembangunan Wanita