SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI! MAAF ZAHIR & BATIN

Seluruh Ahli Jawatankuasa PUBI Perak & Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua kaum muslimin dan Muslimat.

Semoga hari lebaran ini membawa sejuta kemaafan dan sejuta kebahagian buat kita semua..

Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

Semoga selamat sampai ke destinasi yang hendak ditujui..

Insyallah..

#PUBIPerak
#KOPUBIPerakBhd

MAJLIS IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK YATIM & FAKIR MISKIN PUBI PERAK

ANAK-ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN DARI PERTUBUHAN BAITUL AINI, KAMPUNG MERAWAN INDAH, SIMPANG PULAI DIRAIKAN DALAM SUASANA BAHAGIA DAN MERIAH DI HOTEL KINTA RIVERFRONT IPOH PERAK.

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Majlis Iftar bersama anak-anak yatim dan fakir miskin dari Pertubuhan Baitul Aini yang terletak di Kampung Merawan Indah, Simpang Pulai Perak. Syukur kepadaNya kerana majlis ini berjalan dengan lancar dan berlangsung seperti yang dirancang. Baca Lanjut

DUA SYARIKAT GERGASI SUMBANG JUTAAN RINGGIT KEPADA TABUNG HARAPAN

TERKINI, DUA BUAH SYARIKAT GERGASI DI IPOH PERAK MENYUMBANG SEBANYAK RM1 JUTA KE TABUNG HARAPAN MALAYSIA!

Dua syarikat terkemuka di negeri ini iaitu air mineral tempatan Spritzer Bhd dan Yee Lee Corporation Sdn Bhd tampil menyumbang sebanyak RM500,000 menjadikan keseluruhannya sebanyak RM1 juta kepada Tabung Harapan Malaysia (THM). Baca Lanjut

PROGRAM KEBAJIKAN TUNAS HARAPAN-PERMOHONAN KINI TELAH DIBUKA!

SUKACITANYA AHLI JAWATANKUASA PUBI PERAK TELAHPUN MENLANCARKAN KEMPEN PROGRAM KEBAJIKAN TUNAS HARAPAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN YANG SANGAT MEMERLUKAN!

Alhamdulilah, di atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan, Ahli Jawatankuasa PUBI Perak dalam mesyuaratnya yang lalu telah memutuskan untuk melancarkan kempennya yang terbaharu iaitu Program Kebajikan Tunas Harapan PUBI Perak di mana melalui program ini PUBI Perak akan membantu golongan yang sangat memerlukan terutamanya di kalangan Peniaga mahupun Usahawan yang ditimpa musibah termasuklah ahli keluarga mereka. Baca Lanjut