PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada bermula pada 1hb Disember sehingga 31hb Disember 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan kunjungan ke rumah setiap peserta Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) Tahun 2021 anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan bahagian Kesejahteraan Bandar bagi menjalankan aktiviti pemantauan bagi kegiatan perniagaan yang telah dijalankan.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI