KISAH KEHIDUPAN – LUAHAN USTAZ EBIT LEW DI PAGI SYAWAL

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Manakah tidaknya , beliau yang sangat merendah diri sentiasa membantu golongan yang kurang bernasib baik diseluruh Malaysia.

Seperti insan yang lain, Ustaz Ebit Lew sebagai orang islam turut meraikan sambutan aidilfitri di kala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda negara kita.

Semua orang terkesan dan merasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari lebaran pada tahun ini kerana larangan rentas Negeri yang harus dipatuhi.

KISAH KEHIDUPAN: Ustaz Ebit Lew Pohon Doa Rakyat Malaysia, Berhasrat Buka 10 Cawangan Elews Mart Jual Barangan Runcit

Termasuklah Ustaz Ebit Lew yang turut terkesan dan merasa sayu seperti mana diluahkan di dalam posting terbaharu di media sosial miliknya beberapa jam yang lalu.

Raya ni sayu sikit sebab tak dapat beraya di kampung. Rindu ayah dekat kampung. Selamat hari raya sahabatku semua. Semoga Allah terima kita semua yer…

Ya Allah saudaraku yang bersedih bahagiakan. Saudaraku yang tiada makan minum mudahkan rezeki mereka. Saudaraku yang ada hajat baik dunia akhirat kabulkan. Yang sakit sembuhkan.

Yang diuji Allah beri jalan keluar dan rezeki tak sangka-sangka. Belum bertemu jodoh temukan. Inginkan anak rezekikan anak. Angkatlah covid 19 dari dunia ini.”

Ustaz Ebit Lew
Ustaz Ebit Lew bergambar bersama keluar di pagi syawal

USTAZ EBIT LEW MEMANJATKAN DOA

Di dalam posting tersebut, Ustaz Ebit Lew turut memanjatkan doa agar Allah menyatukan hati kita semua dengan kasih sayang.

” Sayangilah orang tua kami. Sayangilah bidadari peneman hidup kami. Sayangilah keluarga kami semua.” Ujar EBit Lew di facebook beliau.

” Selamat hari raya. Pohon maaf atas segala salah silap. Terima kaseh mendoakan selama ini.” Tambah beliau lagi.

Sumber: Facebook Ustaz Ebit Lew