BANTUAN KHAS APAD RM500: TEKSI, e-HAILING, BAS & PEMANDU PELANCONG

INFO: BANTUAN KHAS APAD RM500 – TEKSI, e-HAILING, BAS & PEMANDU PELANCONG

Antara mereka yang sentiasa dalam perhatian saya khususnya ketika berdepan cabaran akibat COVID-19 ini adalah pemain industri pengangkutan awam seperti pemandu teksi, e-hailing, kereta sewa, bas sekolah, bas persiaran dan juga pemandu pelancong.

Menerusi bantuan PKP3.0 atau Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+), Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM500 dengan peruntukan keseluruhan RM68 juta sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Mei 2021.

Bantuan khas RM500 one off ini bakal dijangka bakal memanfaatkan kesemua 134,000 penerima berikut:

Baca Lanjut

MORATORIUM PKP 3.0 : KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN (B40, M40 & T20)

INFO: MORATORIUM PKP 3.0 – KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN (B40, M40 & T20)

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri pada 31 Mei 2021 yang lalu, telah diumumkan beberapa jenis bantuan untuk rakyat Malaysia termasuklah bantuan moratorium PKP 3.0.

Bantuan moratorium ini meliputi semua golongan terjejas terutamanya golongan B40.

Bantuan bank adalah dijamin bagi peminjam yang menghadapi kesukaran kewangan akibat pandemik.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang bantuan moratorium yang boleh dimohon dalam tempoh PKP 3.0.

Baca Lanjut

BANTUAN PKP 3.0: SENARAI BANTUAN PEMERKASA+ YANG DIUMUMKAN

TERKINI: BANTUAN PKP 3.0 – SENARAI BANTUAN PEMERKASA+ YANG DIUMUMKAN

Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini, mengumumkan pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) bernilai RM40 bilion bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri menjelaskan, ia membabitkan suntikan fiskal oleh kerajaan berjumlah RM5 bilion.

Katanya, pelaksanaan PEMERKASA Plus menetapkan tiga matlamat utama iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Baca Lanjut

CARA TEBUS RM150 KREDIT eBELIA MELALUI SHOPEEPAY MULAI 1 JUN 2021

INFO: CARA TEBUS RM150 KREDIT eBELIA MELALUI SHOPEEPAY MULAI 1 JUN 2021

Seperti anda sedia maklum, penebusan kredit eBelia sebanyak RM150 hanya boleh dibuat bermula tarikh 1 Jun ke atas. Sekiranya anda pengguna tegar Shopee, eloklah kiranya anda memilih untuk tebus kredit tersebut melalui ShopeePay.

Tambahan pula Shopee kini menyediakan insentif RM5 kepada anda yang membuat pengesahan akaun ShopeePay masing-masing. Sama seperti dompet digital lain, ShopeePay memerlukan anda membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan.

Kredit RM5 akan dimasukkan ke akaun anda dalam masa 5 hari selepas pengesahan dibuat.

Baca Lanjut