SURAT YANG COMEL DIBALAS KP KESIHATAN

KISAH KEHIDUPAN – SURAT YANG COMEL DIBALAS KP KESIHATAN

Tular di media sosial di mana gambar sekeping surat yang dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah oleh seorang murid bernama Lara Khadijah McAfee berumur 10 tahun dari Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu.

Di dalam surat tersebut, murid tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah di atas usaha yang dilakukan bagi menjaga kesihatan rakyat Malaysia dan membantu di dalam mengekang penularan Wabak Covid-19 di negara ini.

Baca Lanjut

SALURAN TV CHINA SENARAIKAN DR NOOR HISHAM ANTARA TIGA DOKTOR TERBAIK DAN DIYAKINI

Dr Fauci, Dr Noor Hisham dan Noor Bloomfield disifatkan individu paling dipercayai di negara masing-masing ketika ini | Gambar – Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID-19 di negara ini.

Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.

Baca Lanjut

NOOR HISHAM TERPILIH SERTAI SAINTIS DUNIA LAKUKAN KAJIAN PERANGI COVID-19

TERKINI – NOOR HISHAM TERPILIH SERTAI SAINTIS DUNIA LAKUKAN KAJIAN PERANGI COVID-19

Noor Hisham memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bangga dapat menyertai gabungan yang berusaha mencari penyelesaian ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dipilih menyertai sekumpulan saintis dunia untuk membuat kajian memerangi pandemik COVID-19.

Noor Hisham merupakan salah seorang penandatangan dan ahli Gabungan Penyelidikan Klinikal COVID-19 tersebut.

Baca Lanjut

KENALI LELAKI YANG BERADA PALING HADAPAN KETIKA NEGARA DIANCAM COVID-19

KENALI LELAKI YANG BERADA PALING HADAPAN KETIKA NEGARA DIANCAM COVID-19

Ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik penularan wabak penyakit Covid-19, kita patut bersyukur kerana di barisan paling hadapan sekali ada seorang lelaki yang benar-benar komited untuk memimpin puluhan ribu jururawat, para doktor serta pegawai perubatan yang lain.

Beliau pada ketika ini sedang bertukus-lumus dan bekerja-keras bagi memastikan kesejahteraan jutaan nyawa daripada terancam akibat daripada penularan wabak penyakit yang sangat merbahaya ini.

Beliau tak lain dan tak bukan adalah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Baca Lanjut