SASAR SIFAR KES MENJELANG PERTENGAHAN JULAI – KP KESIHATAN

Gambar – BERNAMA

COVID-19: SASAR SIFAR KES MENJELANG PERTENGAHAN JULAI – KP KESIHATAN

PUTRAJAYA, 24 Julai — Susulan keadaan COVID-19 di Malaysia yang kini terkawal, Kementerian Kesihatan mengunjurkan sifar kes positif baharu dapat dicapai menjelang pertengahan Julai dengan syarat rakyat mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata pemodelan kementerian mendapati sasaran berkenaan boleh dicapai sekiranya SOP, terutama dalam penjarakan sosial, memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan atau menggunakan pensanitasi tangan diamalkan sepenuhnya.

Angka kes jangkitan baharu yang kecil, jumlah pesakit yang dibenarkan keluar hospital yang tinggi serta kadar kematian yang rendah memberi keyakinan bahawa sasaran itu dapat dicapai, katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini situasi COVID-19 negara, di sini hari ini.

Baca Lanjut

COVID-19: 416 KAKITANGAN BARISAN HADAPAN KKM POSITIF

Petugas di Hospital Kuala Lumpur yang merawat pesakit COVID-19 memasuki wad. – Foto NSTP/FATHIL ASRI.

COVID-19: 416 KAKITANGAN BARISAN HADAPAN KKM POSITIF

PUTRAJAYA: Seramai 416 kakitangan Kementerian Kesihatan dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya tidak merekodkan sebarang peningkatan jumlah kes membabitkan kakitangan kementerian itu setakat hari ini.

Beliau berkata, 80 peratus daripada mereka mendapat jangkitan itu dari luar kemudahan kesihatan, manakala kira-kira 20 peratus lagi jangkitan daripada pesakit dan rakan sekerja.

Baca Lanjut

TIADA LAGI SIDANG AKHBAR HARIAN COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

TERKINI: TIADA LAGI SIDANG AKHBAR HARIAN COVID-19

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan koronavirus (Covid-19) mulai minggu depan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir pada hari Sabtu ini (hari ini).

“Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan ‘jarakan’ sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” katanya.

Baca Lanjut

TAHNIAH, TIADA KES POSITIF RAKYAT TEMPATAN DALAM NEGARA

TERKINI: TAHNIAH, TIADA KES POSITIF RAKYAT TEMPATAN DALAM NEGARA

PENCAPAIAN membanggakan apabila tiada kes positif Covid-19 dicatatkan membabitkan rakyat tempatan di dalam negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini adalah pencapaian boleh dibanggakan selepas pelbagai usaha dilaksanakan menggunakan pendekatan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan maklumat terbaharu daripada jumlah kes harian penularan dalam negara dalam kalangan warganegara.

Baca Lanjut