FB PUBI PERAK KINI MENCECAH LEBIH 12,000 LIKES

BERKAT USAHA GIGIH DAN SOKONGAN PADU

Hari ini dalam sejarah, FB Page Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah mempunyai lebih 12,000 likes dan followers. Terima kasih di atas sokongan dan perhatian anda semua.

Bermula dari 0 likes kira-kira 3 tahun yang lalu kini sudah berada pada tahap yang boleh dibanggakan. Tahniah kepada AJK PUBI Perak yang berusaha gigih untuk mempromosi FB Page ini kepada semua warga Netizen khususnya di Bandaya Ipoh.

Semoga PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO Perak paling aktif di Bandaraya Ipoh terus maju dan mengorak langkah dengan lebih bergaya pada masa hadapan.

Insyallah..


MAJLIS PELANCARAN SEKRETRIAT KEUSAHAWANAN PERINGKAT NEGERI PERAK

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK TELAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN SEKRETRIAT KEUSAHAWANAN PERINGKAT NEGERI PERAK YANG BERLANGSUNG DI PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNP DI MERU, IPOH PERAK

Tetamu kehormat bagi majlis ini adalah YAB Menteri Besar Perak iaitu YAB Dato Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu. Turut hadir adalah YB Asmuni Awi selaku Exco bagi pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Perak.

Baca Lanjut