MAJLIS MAKAN MALAM SANTAI BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN ANGKASA

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 12hb Jun 2022 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menerima jemputan oleh Berbahagia Prof.Madya Dato Dr Hji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik selaku Timbalan presiden ANGKASA ke satu Majlis Makan Malam Santai bersama beliau. Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke majlis ini adalah Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En Sharul Rahman dan Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd En Haizul Fakarudin.

Turut hadir pada majlis ini adalah barisan pimpinan ANGKASA Malaysia dan juga Pengerusi-pengerusi Koperasi yang aktif di Bandaraya Ipoh ini. Alhamdulillah melalui program ini, gerakan koperasi dan serta uhkwah dapat dieratkan serta diperkukuhkan demi pembangunan ekonomi yang mampan serta berdaya maju.

Baca Lanjut

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 02-2022

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK. 

Terkini pada 02hb Jun 2022 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil-02/2022 bagi sesi tahun 2021/2022 di Tower Regency & Residence Hotel, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang telah dijalankan pada suku kedua yang lalu dan suku tahun ketiga bagi tahun 2022 ini.

Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Lembaga yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat. Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga ini di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Baca Lanjut

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPUBI BIL 01-2022

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 02hb April 2022 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. Bil.01/2022 bagi sesi tahun 2021/2022 di MU Hotel, Ipoh Perak.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah diadakan secara berkala bagi membincangkan aktiviti ekonomi koperasi yang bakal dijalankan pada suku pertama yang lalu dan suku tahun kedua bagi tahun 2022 ini.

Terima kasih dan tahniah kepada seluruh Ahli Lembaga yang sangat komited untuk hadir ke Mesyuarat. Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Lembaga ini di dalam usaha menjayakan misi & visi koperasi membangunkan ekonomi dan menjana gerakan koperasi di Negeri Perak ini.

Baca Lanjut

SESI TANDATANGAN PERJANJIAN PROJEK USAHASAMA PEMBEKALAN MAKANAN

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 9hb Mac 2022 yang lalu, bertempat di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI yang bertempat di Station 19, Ipoh Perak.

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama strategik bagi melaksanakan Projek Pembekalan Makanan dan Pengurusan Kantin bersama salah sebuah Pengusaha yang merupa anggota kepada KOPUBIPerak Bhd iaitu Pn Noor Azwa.

Mewakili pihak koperasi bagi tujuan itu adalah Pengerusi Koperasi iaitu En Sharul Rahman dan telah disaksikan tiga orang Ahli Lembaga Koperasi iaitu Pn. Samsiah selaku Bendahari Koperasi, En. Kharul Akmal selaku Ahli Lembaga Koperasi dan Pn Zuraida merangkap Penolong Setiausaha dan Penolong Bendahari KOPUBI.

Baca Lanjut