Gambar – Bernama

COVID-19: KKM KENAL PASTI KLUSTER BAHARU IAITU KLUSTER RUMAH PENJAGAAN WARGA EMAS DI KUALA SELANGOR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikenalpasti iaitu Kluster Rumah Penjagaan Warga Emas Kuala Selangor.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham, tiga orang telah disahkan positif di dalam kluster tersebut.

“Kluster ini dikenalpasti apabila terdapat kes ketiga di kalangan penghuni rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor, sehingga kini terdapat tiga kes positif bagi pusat penjagaan warga emas ini.

COVID-19: 416 Kakitangan Barisan Hadapan KKM Positif

“Dua kes telah didapati positif Covid-19 pada 17 Mei 2020 hasil daripada saringan pusat penjagaan warga emas, pada ketika ini seramai 12 kakitangan dan 26 penghuni tersebut telah disaring, keputusan kesemua kakitangan dan 24 penghuni adalah negatif,” katanya.

Pengesanan kes secara aktif sedang dijalankan dan langkah pencegahan turut diambil termasuk nyah cemar dan nyah kuman.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia