PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA: BANTUAN MAKANAN KELUARGA TERJEJAS

INFO: PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA – BANTUAN MAKANAN KELUARGA TERJEJAS

Keluarga yang terjejas akibat penularan COVID-19 dan memerlukan bantuan makanan, anda boleh memohon Bakul Prihatin Negara yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk makluman, Bakul Prihatin Negara adalah cetusan idea daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tindak balas proaktif terhadap senario yang dihadapi oleh rakyat pada masa ini yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Pelaksanaan bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta yang merupakan nilai tambah kepada Program Bantuan Bakul Makanan yang telah dilaksanakan di bawah pakej Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) dan Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini.

Oleh itu, bagi mana-mana rakyat yang terjejas dan memerlukan bantuan makanan/barangan asas, anda boleh memohon untuk mendapatkan bantuan ini.

Baca Lanjut

11 JENIS BANTUAN JKM YANG DISEDIAKAN SEPANJANG 2021

INFO: 11 JENIS BANTUAN JKM YANG DISEDIAKAN SEPANJANG 2021

Bagi membantu rakyat Malaysia meringankan bebanan hidup terutamanya apabila ditimpa kesusahan, perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.

Pemberian bantuan JKM ini bertujuan supaya rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna di samping membantu rakyat ke arah pemulihan, pencegahan, serta pembangunan modal insan.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Terdapat beberapa jenis bantuan yang boleh dimohon di JKM, sama ada secara bulanan atau sekaligus mengikut kategori di bawah.

Baca Lanjut