PENUBUHAN MALAYSIA ADALAH HARI YANG BERSEJARAH BUAT KITA SEMUA!
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak & Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua insan yang bergelar Warga Malaysia di Negara ini.
Semoga kita sama-sama menjaga keharmonian dan mempertahan perpaduan yang dikecapi oleh kita semua sehingga ke saat ini.
Perpaduan merupakan nadi pembangunan seperti langkah awal Nabi Muhammad SAW menubuhkan kerajaan Madinah dengan menyatukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Alhamdulillah, keamanan dan keselamatan wujud di Malaysia. Namun begitu, kita perlu berhati-bati kerana terdapat pelbagai anasir yang cuba memporakperandakan kita.
Sekiranya tidak berhati-hati maka apa yang dikecapi dan dicapai oleh kita selama ini akan tercicir,
SAYANGI MALAYSIAKU, MALAYSIA BERSIH!
Daripada,
AJK PUBI Perak & ALK KOPUBI Perak Bhd
KOMEN TERKINI