BOOTH PAMERAN PERKHIDMATAN MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 12hb Disember 2024 yang lalu telah berlangsung sebuah program anjuran ANGKASA Negeri Perak iaitu Program Jelajah Transformasi Koperasi Sekolah Bersama PIBG Peringkat Negeri Perak (Siri II) bertempat di Hotel Orient Star, Lumut Perak.

Pada program yang telah berlangsung ini, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana telah membuka sebuah Booth Pameran MyAngkasa Amanah Bhd.

Booth ini telah diselia sepenuhnya oleh Wakil-wakil Pemasaran di bawah KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

KUNJUNG HORMAT KE KOMPLEKS PENGHULU MUKIM LAHAT

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 03hb Disember 2024 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat ke Kompleks Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat) Pejabat MARA Negeri Perak yang terletak Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat, Perak.

Menyambut kehadiran wakil daripada PUBI Perak adalah Mohd Shahdu Azree bin Mohamed Yusof selaku Penghulu Kanan Mukim Hulu Kinta (Lahat) dan Khairul Anuar bin Che Din, Penghulu, Penghulu Mukim Hulu Kinta (Lahat).

Baca Lanjut

PERJUMPAAN BERSAMA TEAM MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 26hb November 2024 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Perjumpaan Bersama Team MyANGKASA Amanah Bhd anjuran KOPUBI Perak Bhd bertempat di Business Center Bangunan PTTC Meru, Ipoh Perak.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan aktiviti Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka yang ditawarkan oleh KOPUBI Perak Bhd kepada Anggota dan juga Masyarakat Umum.

Turut berlangsung adalah sesi bergambar dengan pakaian korporat untuk tujuan pemasaran dan infografik oleh Jurugambar Profesional yang telah dilantik KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

BOOTH PAMERAN PERKHIDMATAN MYANGKASA AMANAH BHD

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 21hb November 2024 yang lalu telah berlangsung sebuah program anjuran ANGKASA Negeri Perak iaitu Kursus Pemantapan Jatidiri & Peluang Perniagaan Bersama Angkasa 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, UTC, Ipoh, Perak.

Pada program yang telah berlangsung ini, KOPUBI Perak Bhd telah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah hub Perkhidmatan Penulisan Wasiat, Hibah dan juga Pengurusan Harta Pusaka di mana telah membuka sebuah Booth Pameran MyAngkasa Amanah Bhd.

Booth ini telah diselia sepenuhnya oleh Wakil-wakil Pemasaran di bawah KOPUBI Perak Bhd. Melalui Booth Pameran ini, para peserta yang menyertai Kursus ini telah diberi penerangan secara rawak tentang kepentingan penulisan wasiat semasa hayat dan manfaat yang bakal diperolehi oleh waris yang ditinggalkan sekira berlakunya kematian kelak.

Baca Lanjut