DIRASMIKAN DENGAN SOLAT JUMAAT, PASARAYA MILIK BUMIPUTERA ISLAM KINI DIBUKA

Image result for malakat mall

TERKINI – DIRASMIKAN DENGAN SOLAT JUMAAT, PASARAYA MILIK BUMIPUTERA ISLAM KINI DIBUKA

CYBERJAYA – Kompleks membeli-belah berkonsepkan Muslim pertama di Malaysia, Malakat Mall menempa sejarah tersendiri apabila mula beroperasi hari ini selepas hampir enam bulan membuat persiapan.

Pusat membeli-belah yang mengumpulkan usahawan Muslim itu merupakan satu usaha strategik bagi membantu meningkatkan ekonomi usahawan Muslim.

Terletak di bandar teknologi Cyberjaya, Malakat Mall seluas lebih 13006.43 meter persegi dan terdiri daripada tiga blok bangunan empat tingkat menyasarkan lebih 15,000 pelanggan dalam tempoh sebulan pertama.

Baca Lanjut

LEBIH RAMAI DIJANGKA MUFLIS BERBANDING MAUT KERANA COVID-19

PULASAN – LEBIH RAMAI DIJANGKA MUFLIS BERBANDING MAUT KERANA COVID-19

LONDON: Penularan COVID-19 (coronavirus) mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi terhadap ekonomi berbanding risiko kesihatan kepada orang awam.

Pakar Pembangunan Ekonomi, Omar Hassan, dipetik oleh akhbar The Independent berkata, jika virus itu benar-benar memberi kesan langsung kepada hidup individu, ia disebabkan oleh halangan untuk pergi berkerja, dihentikan oleh majikan atau perniagaan menjadi berdepan masalah.

Katanya, dengan pasaran kewangan mengalami kerugian bernilai bertrilion dolar minggu ini, ia hanyalah satu permulaan, jika kerajaan United Kingdom (UK) tidak melakukan sesuatu.

Baca Lanjut

LELAKI KONGSI KEADAAN LENGANG MELAWATI MALL SEMALAM, KEDAI BUKA PELANGGAN TIADA?

Foto: Muhammad Hafiz

TERKINI – LELAKI KONGSI KEADAAN LENGANG MELAWATI MALL SEMALAM, KEDAI BUKA PELANGGAN TIADA?

Susulan daripada kes wabak Covid-19 yang dilaporkan pihak Melawati Mall mengatakan bahawa terdapat pengunjung yang disahkan positif itu telah mengunjung pusat membeli belah tersebut pada 2 Mac yang lalu.

Berikutan dengan itu, seorang pengguna sosial media berkongsi gambar keadaan semasa akibat daripada wabak Covid-19.

Baca Lanjut

MARAH KERANA BAJU KEKASIH KERAP DICURI, ADIK SIMEN MAYAT ABANG DALAM TONG AIR

Pihak Polis mengusung tong air yang penuh bersimen dan dipercayai mengandungi mayat.

{divider]

TERKINI – MARAH KERANA BAJU KEKASIH KERAP DICURI, ADIK SIMEN MAYAT ABANG DALAM TONG AIR

Hanya disebabkan masalah kecil, seorang lelaki tergamak menamatkan riwayat abangnya sendiri sebelum mayatnya disimen di dalam tong air.

Perkara tersebut terbongkar apabila suspek telah menceritakan tindakannya kepada seorang lagi abang yang bergegas menghubungi pihak polis bagi membuat siasatan.

Menerusi Berita Harian, mayat Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, ditemui jam 7 pagi tadi susulan penahanan suspek yang sedang tidur di rumah di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar.

Baca Lanjut