PULASAN – LEBIH RAMAI DIJANGKA MUFLIS BERBANDING MAUT KERANA COVID-19
LONDON: Penularan COVID-19 (coronavirus) mengundang bahaya yang jauh lebih tinggi terhadap ekonomi berbanding risiko kesihatan kepada orang awam.
Pakar Pembangunan Ekonomi, Omar Hassan, dipetik oleh akhbar The Independent berkata, jika virus itu benar-benar memberi kesan langsung kepada hidup individu, ia disebabkan oleh halangan untuk pergi berkerja, dihentikan oleh majikan atau perniagaan menjadi berdepan masalah.
Katanya, dengan pasaran kewangan mengalami kerugian bernilai bertrilion dolar minggu ini, ia hanyalah satu permulaan, jika kerajaan United Kingdom (UK) tidak melakukan sesuatu.
“Jika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terus gagal mengawal situasi ini, ia mungkin akan menjejaskan peluangnya untuk dilantik semula sebagai Presiden.
“Joe Biden pula yang secara khususnya telah mengenalpasti COVID-19 sebagai kelemahan buat Trump, menjanjikan kepemimpinan ‘yang lebih tenang, meyakinkan’ di waktu yang rakyat Amerika amat perlukan ketika ini,” katanya.
Dari segi ekonomi, beliau berkata ia akan melumpuhkan berjuta orang, terutama sejak pandemik itu diburukkan lagi dengan dengan kejatuhan mendadak pasaran saham, perang minyak antara Russia dan Arab Saudi dan kesan tempias perang di Syria.
Sumber – Berita Harian
Terkini – Lelaki Kongsi Keadaan Lengang Melawati Mall Semalam, Kedai Buka Pelanggan Tiada? –>
NORIZAN SHARIF SALAH SEORANG PERUNDING KEUSAHAWAN NEGARA TURUT MENYATAKAN KEBIMBANGAN BELIAU DAN MENULIS ARTIKEL DI FACEBOOK BELIAU
CORONAVIRUS BUNUH BISNES
- Coronavirus akan membunuh banyak bisnes. Bisnes kita pun tak terkecuali.
- Di Austin, Texas, SXSW yang menarik 100,000 orang ke pesta muzik antarabangsa dibatalkan selepas Apple, Facebook, Twitter dan TikTok menarik diri.
- Penganjur yang membelanjakan US$157 juta (RM660 juta) kos operasi rugi begitu saja. Bisnes yang bergantung kepada SXSW tak dapat bertahan. Banyak yang bungkus apabila tak dapat balik pelaburan.
- Houston Livestock Show and Rodeo, The Tuckson Festival of Books, dan Coachella Valley Music and Art Festival dibatalkan atau ditunda. NBA juga menggantung semua perlawanan.
- Calon-calon presiden dari parti Demokrat, Joe Biden dan Bernie Sanders, membatalkan perhimpunan politik di Cleveland, Ohio. Apabila perhimpunan politik ditunda, banyak vendor kerugian.
- Syarikat-syarikat penerbangan mula membatalkan penerbangan ke destinasi tertentu. Pesawat Virgin Airlines terbang kosong. Penumpang syarikat-syarikat penerbangan China merudum 84.5%. Korean Air sedang “bertarung” untuk hidup apabila ia batalkan 80% penerbangan antarabangsa.
- Menurut International Air Transport Association, kerugian industri penerbangan dijangka mencecah US$113 bilion (RM476 bilion). Tourism Economics meramalkan industri pelancongan di Amerika Syarikat akan kehilangan US$24 bilion (RM100 bilion) pendapatan dari kemasukan pelancong luar negara tahun ini – atau tujuh kali ganda dari SARS pada tahun 2003.
- Supermarket di Amerika Syarikat sudah mula membatalkan pemberian sampel makanan percuma kepada pengguna. Summer Fancy Food Show, iaitu “specialty food expo” terbesar di Amerika Utara kini sedang menimbangkan sama ada mahu meneruskan atau membatalkan acara pada bulan Jun ini. SNAXPO20, trade show snek antarabangsa yang dijadualkan di Charlotte, NC pada Mac telah dibatalkan.
- Apabila syarikat-syarikat besar kena impak Coronavirus, bisnes kecil juga kena tempias. Mereka tidak dapat membekalkan produk atau perkhidmatan. Promosi bersemuka tak dapat dibuat. Peratusan staf cuti sakit meningkat. Sasaran pengeluaran dan jualan tak dapat dicapai. Bekalan dari negara-negara terbabit terjejas. Staf kena buang kerja.
- Sebagai usahawan, kita perlu fahami impak Coronavirus terhadap bisnes kita. Cari jalan untuk serap impak. Saya cukup yakin semua bisnes akan ada kesan. Usah ingat bisnes kita kebal tatkala bisnes besar mula sengsara.
Kredit kepada Norizan Sharif.
KOMEN TERKINI