Pihak Polis mengusung tong air yang penuh bersimen dan dipercayai mengandungi mayat.

{divider]

TERKINI – MARAH KERANA BAJU KEKASIH KERAP DICURI, ADIK SIMEN MAYAT ABANG DALAM TONG AIR

Hanya disebabkan masalah kecil, seorang lelaki tergamak menamatkan riwayat abangnya sendiri sebelum mayatnya disimen di dalam tong air.

Perkara tersebut terbongkar apabila suspek telah menceritakan tindakannya kepada seorang lagi abang yang bergegas menghubungi pihak polis bagi membuat siasatan.

Menerusi Berita Harian, mayat Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, ditemui jam 7 pagi tadi susulan penahanan suspek yang sedang tidur di rumah di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas, Alor Setar.

MAYAT DALAM TONG

Dua Beradik Ditemukan Lemas –>

Dalam pada itu, menerusi sumber, mangsa yang tidak bekerja dilaporkan sudah pun dibunuh sekitar hari Jumaat lepas. Polis turut merampas beberapa barangan termasuk sebilah pisau dan kereta sorong yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Tambah pihak polis lagi, mangsa dimaklumkan tidak bekerja, manakala suspek bekerja sebagai penjual ayam goreng. Siasatan awal mendapati bahawa pertelagahan mereka berpunca daripada rasa bengang suspek kerana mangsa gemar memakai baju pemberian teman wanita suspek.

“Mangsa tidak bekerja manakala suspek bekerja sebagai penjual ayam goreng.

“Berdasarkan siasatan awal, motif kejadian disebabkan baju yang diberi teman wanita suspek sering dipakai si mati.”

“Perkara itu menyebabkan adiknya berang tetapi siasatan masih dijalankan.”

Sakit Hati Anak Didenda, Ibu Biadab Tergamak ‘Denda’ Ustazah Merangkak Dalam Kelas –>

Setakat ini, mayat mangsa beserta tong telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dilakukan tindakan selanjutnya.

Sumber : Berita Harian