GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN

GERAN KHAS PRIHATIN 2.0: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PERMOHONAN

Bagi anda yang ingin memohon Geran Khas Prihatin 2.0, semakan syarat kelayakan  boleh dibuat sebelum membuat PERMOHONAN BARU GERAN KHAS PRIHATIN.

Mengikut unjuran, 200,000 PKS MIKRO akan mendapat manfaat daripada GKP. GKP kini dibuka semula untuk permohonan bermula 1 Oktober 2020.

Perkara ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama dengan BPN 2.0 dan Program Subsidi Upah 2.0.

Baca Lanjut

ELEWSMART ‘DISERBU’ PEMBELI

TERKINI: ELEWSMART ‘DISERBU’ PEMBELI

KUALA LUMPUR: Hari pertama pembukaan pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal Ebit Lew mendapat sokongan luar biasa dari pembeli.

Berdasarkan perkongsian video di Instagram rasmi Ebit Lew, orang ramai beratur panjang lebih dua kilometer untuk memasuki pasar raya berkenaan yang membuka cawangan pertamanya di Bandar Baru Bangi.

Walaupun cuaca panas, ia tidak menghalang orang ramai beratur untuk melihat sendiri tawaran pasar raya berkenaan yang sebelum ini dilaporkan akan menjual barangan pada harga rendah bagi membantu golongan yang memerlukan.

Baca Lanjut

BAYARAN GKP BAGI PKS MIKRO AKAN MULA DIBAYAR KHAMIS INI – TENGKU ZAFRUL

Gambar – Astro Awani

TERKINI: BAYARAN GKP BAGI PKS MIKRO AKAN MULA DIBAYAR KHAMIS INI – TENGKU ZAFRUL

KUALA LUMPUR: Geran Khas Prihatin (GKP) bagi pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang rayuan mereka diluluskan akan mula dibayar mulai Khamis ini (Hari ini).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM65.95 juta.

“Bagi PKS Mikro yang gagal kredit (tidak menerima wang) mungkin kerana butiran akaun bank tidak tepat atau tiada akaun bank. Penerima GKP diminta mengemaskini butiran mereka di https://gkp.hasil.gov.my,” ujarnya.

Baca Lanjut

SEMBUR RACUN MENGGUNAKAN DRON, BEKAS PELAJAR ILP RAIH PENDAPATAN LUMAYAN

KISAH KEHIDUPAN: SEMBUR RACUN MENGGUNAKAN DRON, BEKAS PELAJAR ILP RAIH PENDAPATAN LUMAYAN

Seorang bekas pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) memperolehi pendapatan RM5,000 sebulan dengan menawarkan perkhidmatan menyembur racun di sawah padi menggunakan dron.

Mohd Saifullah Halim, 22, dari Kampung Paya Nedam memulakan bisnes perkhidmatannya ketika tempoh Perintah Kawalan Perintah (PKP) pada April lepas.

Beliau yang sebelum ini mengambil jurusan teknologi plastik di ILP Jitra berkata kepada BERNAMA, perkhidmatan itu menjana pendapatan lumayan baginya.

Baca Lanjut