USTAZ EBIT LEW MENYUMBANG 100 KIPAS, 50 PORTABLE AIRCOND, 3 MESIN BASUH 24 KG DAN 3 MESIN JAHIT KEPADA HOSPITAL YANG MEMERLUKAN

TERKINI – USTAZ EBIT LEW MENYUMBANG 100 KIPAS, 50 PORTABLE AIRCOND, 3 MESIN BASUH 24 KG DAN 3 MESIN JAHIT KEPADA HOSPITAL YANG MEMERLUKAN

Umum telah mengetahui bahawa wabak virus yang dikenali sebagai Covid-19 ini telah mengancam seluruh dunia. Ribuan manusia telah dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti dengan virus ini.

Negara kita juga turut tidak terkecuali selepas mencatatkan ribuan kes positif dan angka kematian sebanyak 84 orang setakat ini. Oleh disebabkan itu, kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang merangkumi seluruh Malaysia bagi memutuskan rantaian jangkitan akibat daripada virus ini.

Kerajaan juga telah mengambil pelbagai inisiatif termasuk mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Nasional bagi membantu seluruh rakyat Malaysia yang terjejas ekoran Penularan penyakit Covid-19 ini

Baca Lanjut

COVID-19: WANITA OKU SUMBANG PPE UNTUK BARISAN HADAPAN

COVID-19: WANITA OKU SUMBANG PPE UNTUK BARISAN HADAPAN

Walaupun dilahirkan tanpa tangan, namun wanita orang kurang upaya (OKU) ini tetap berkorban tenaga dengan menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan.

Pembantu Tadbir di Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI), Norfarrah Syahirah Shaari, 32, menggunakan kemahiran menjahit menggunakan kaki untuk menghasilkan gaun isolasi yang akan disumbangkan kepada Hospital Teluk Intan (HTI) dan Klinik Kesihatan Teluk Intan.

Norfarrah Syahiran berkata, inisiatif #DariKomunitiUntukKomuniti dilakukan bersama sembilan kakitangan KKTI yang juga sukarelawan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan dibantu 25 tukang jahit lain.

Baca Lanjut

DOKTOR KONGSI KISAH ‘SUNYI’ PESAKIT COVID-19

KISAH KEHIDUPAN – DOKTOR KONGSI KISAH ‘SUNYI’ PESAKIT COVID-19

‘Posting’ ini diambil dari facebook seorang doktor yang sedang merawat Pesakit Covid-19 di sebuah hospital. Pada waktu posting ini disalin, seramai 2,900 orang telah memberi komen, 6,200 perkongsian dan 20,000 reaksi (Suka & Sedih).

Jom kita hayati apa yang dinukilkan oleh doktor pada posting beliau tersebut;

Baca Lanjut

JASA BANDUAN PENJARA PENOR, PEJUANG BARISAN HADAPAN YANG TAK DIDENDANG

KISAH KEHIDUPAN – JASA BANDUAN PENJARA PENOR, PEJUANG BARISAN HADAPAN YANG TAK DIDENDANG

KUANTAN, 30 Mac — Bengkel jahitan Penjara Penor di sini, hanya ‘mengendalikan’ tempahan paling penting buat masa ini, iaitu peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit COVID-19.

Bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari, seramai 18 banduan yang ditempatkan di bengkel itu akan bertungkus-lumus mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.

Pengarah Penjara Penor Datuk Abu Hasan Hussain berkata mereka menerima 2,000 meter material berkenaan bagi menghasilkan PPE yang memerlukan lima meter bagi sepasang PPE ‘dari hujung kepala ke hujung kaki’.

Baca Lanjut