BANTUAN KHAS KEWANGAN (PRIHATIN 2020): RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA

BANTUAN KHAS KEWANGAN (PRIHATIN 2020): RM500 UNTUK PENJAWAT AWAM DAN PESARA

Kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk dengan pekerja kontrak serta pesara perkhidmatan awam yang memilih skim pencen akan menerima Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 secara tunai sebanyak RM500 ‘one-off’ sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Pemberian Bantuan Khas Kewangan ini adalah sebagai tanda kerajaan menghargai sumbangan perkhidmatan yang telah diberikan oleh golongan ini kepada rakyat selain membuktikan bahawa kerajaan komited dalam menjaga kebajikan semua penjawat awam yang terus setia menjalankan amanah kepada negara.

Baca Lanjut

PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL AKAN DIBAYAR MEI INI

Gambar -Google

INFO – PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL AKAN DIBAYAR MEI INI

KUALA LUMPUR – Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz , permohonan baru dan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional ataupun BPN akan dibayar pada bulan Mei ini.

Pembayaran untuk kategori ini menglibatkan 2.77 juta permohonan baru dan sekurang kurangnya 274,000 rayuan.  Golongan yang sudah lulus Bantuan Sara Hidup (BSH)  dan golongan yang membayar cukai tidak perlu lagi memohon untuk BPN.

Golongan ini akan mendapat SMS ataupun emel yang menyatakan bahawa mereka sudah lulus untuk mendapat bantuan BPN. Permohonan BPN adalah untuk mereka yang belum pernah membayar cukai ataupun tidak pernah memohon untuk BSH.

Baca Lanjut

CARA KEMASKINI AKAUN BANK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

INFO – CARA KEMASKINI AKAUN BANK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

Penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang terdiri dari pembayar cukai berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak perlu membuat sebarang permohonan kerana kelulusan akan diberikan secara automatik sekiranya individu tersebut memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Walau bagaimana pun, setiap pembayar cukai yang layak menerima BPN perlu memastikan maklumat akaun bank yang terdapat dalam data percukaian LHDN adalah terkini, betul dan tepat. 

Pihak LHDN menyarankan kepada penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang mempunyai data percukaian dengan LHDN agar mengemaskini maklumat akaun bank bagi memudah proses penyaluran BPN.

Baca Lanjut

PENERIMA BPN ADA REKOD PERCUKAIAN PERLU KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

INFO – PENERIMA BPN ADA REKOD PERCUKAIAN PERLU KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK

CYBERJAYA, 13 April — Individu yang mempunyai rekod data percukaian dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta telah diluluskan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), tetapi masih belum menerima bantuan itu, boleh mengemaskinikan maklumat akaun bank mereka yang aktif.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata, pengemaskinian perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 April melalui pautan pantas https://ez.hasil.gov.my/ci, bagi membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan, pada bulan depan.

“LHDN ingin menasihatkan penerima BPN, untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDN dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan meminta TAC, bagi tujuan penyaluran BPN.

Baca Lanjut