PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3,000 UNTUK PENIAGA MIKRO DIBUKA SEMULA MULAI 1 OKTOBER 2020

TERKINI – PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3,000 UNTUK PENIAGA MIKRO DIBUKA SEMULA MULAI 1 OKTOBER 2020

Kerajaan bersetuju untuk membuka semula permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) kepada peniaga mikro bagi membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid-19.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung Perutusan Khas Kita Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin, permohonan GKP yang akan dibuka semula mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 ini bertujuan bagi memastikan lebih ramai peniaga mikro yang layak tetapi masih belum berkesempatan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Baca Lanjut

PROGRAM PENINGKATAN ENTERPRIS BUMIPUTERA (BEEP)

PROGRAM PENINGKATAN ENTERPRIS BUMIPUTERA (BEEP)

Tahukah anda ada pelbagai inisiatif dan bantuan khusus yang diwujudkan oleh pihak kerajaan khas untuk membantu PKS bumiputera terutamanya bagi meningkatkan keupayaan masing-masing di dalam sektor perniagaan masing-masing.

Antara agensi di bawah kerajaan persekutuan yang giat membantu usahawan-usahawan PKS di negara kita ini adalah SME Corp. SME Corp atau Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan.

Ia bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara. SME Corp. Malaysia juga berperanan sebagai Sekretariat kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK), yang dipengerusikan oleh oleh Perdana Menteri Malaysia.

Baca Lanjut

JUMPER PUNB 2020: ELAUN RM1,200 & GERAN RM10,000 DISEDIAKAN

INFO USAHAWAN – PROGRAM JUMPER PUNB 2020: BERPELUANG MENDAPAT ELAUN RM1,200 & GERAN RM10,000 YANG DISEDIAKAN

Ingin memulakan perniagaan tapi kekurangan modal?

Apa kata anda sertai program JUMPER PUNB 2020 (Startup) yang telah dibuka untuk permohonan.

Melalui program ini, peserta akan menerima elaun sara diri RM1,200 sebulan sepanjang 8 bulan.

Setelah tamat latihan, peserta berpeluang mendapatkan GERAN sebanyak RM10,000 beserta pembiayaan minimum RM40,000.

Pengambilan April 2020 (Siri 2) telah pun dibuka. Tarikh tutup permohonan pada 27 Januari 2020 nanti.

Baca Lanjut