PROGRAM PENINGKATAN ENTERPRIS BUMIPUTERA (BEEP)
Tahukah anda ada pelbagai inisiatif dan bantuan khusus yang diwujudkan oleh pihak kerajaan khas untuk membantu PKS bumiputera terutamanya bagi meningkatkan keupayaan masing-masing di dalam sektor perniagaan masing-masing.
Antara agensi di bawah kerajaan persekutuan yang giat membantu usahawan-usahawan PKS di negara kita ini adalah SME Corp. SME Corp atau Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) merupakan agensi penyelaras pusat di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menyelaras pelaksanaan program pembangunan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi kesemua Kementerian dan agensi yang berkaitan.
Ia bertindak sebagai pusat rujukan bagi penyelidikan dan penyebaran data berkaitan PKS dan usahawan, serta menyediakan khidmat nasihat untuk PKS dan usahawan di seluruh negara. SME Corp. Malaysia juga berperanan sebagai Sekretariat kepada Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK), yang dipengerusikan oleh oleh Perdana Menteri Malaysia.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: TAHNIAH FOLIO ESSENCE EMPIRE!
PROGRAM PENINGKATAN ENTERPRIS BUMIPUTERA (BEEP)
Dalam usaha untuk membantu usahawan PKS, SME Corp telah menyediakan sebuah pakej bantuan yang sangat berguna buat usahawan bumiputera terutamanya yang diberikan nama singkatan sebagai BEEP atau Program Peningkatan Enterpris Bumiputera.
BEEP merupakan satu program khusus bertujuan untuk mewujud dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan bersepadu dengan pendekatan bimbingan, termasuk memperkukuhkan terab perniagaan PKS; membina kapasiti dan keupayaan; meningkatkan produktiviti serta memudahkan akses kepada pembiayaan.
Kriteria Kelayakan
- Berdaftar dengan SSM / Badan Profesional / Pihak Berkuasa / Pejabat Daerah di Sabah / Sarawak;
- Memenuhi definisi PKS dari segi nilai jualan tahunan & skop PKS;
- 60% ekuiti syarikat milikan Bumiputera;
- Beroperasi di premis perniagaan yang sah;
- Tidak mempunyai kepentingan dalam syarikat pembekal;
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan; dan
- Menjalani penilaian SCORE / M-CORE.
Pakej Bantuan
- Pensijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS);
- Peningkatan Pembungkusan Produk;
- Pembangunan dan Inovasi Produk;
- Produktiviti dan Automasi;
- Pembangunan Penjenamaan dan Promosi; dan
- Aplikasi Dalam Talian, e-Dagang, e-Pembayaran dan Aplikasi ICT.
Bagaimana untuk Memohon
Untuk Permohonan, sila rujuk kepada Senarai Semak & Borang Permohonan
Permohonan boleh dihantar di semua Pejabat Negeri SME Corp. Malaysia mengikut lokasi perniagaan syarikat PKS
Bagi KL / Selangor, permohonan boleh dihantar ke Ibu Pejabat SME Corp. Malaysia di Hab PKS, Aras 4, Blok B
*Nota : Susulan penularan wabak COVID-19, perkhidmatan kaunter Hab PKS kini ditutup buat sementara waktu ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Urusan penghantaran dokumen boleh dibuat apabila semua Pejabat SME Corp. Malaysia beroperasi semula.
Untuk Sebarang Pertanyaan;
SME Corporation Malaysia
Level 4, Block B, Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Talian Info: 1-300-30-6000
Faks: 03-2775 6001
E-mel: info@smecorp.gov.my, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.”>
KOMEN TERKINI