PERMOHONAN GKP 2.0 RM3,000 & TARIKH PEMBAYARAN NOVEMBER 2020

INFO: PERMOHONAN GKP 2.0 RM3,000 & TARIKH PEMBAYARAN NOVEMBER 2020

Umum mengetahui selain BPN 2.0, kerajaan turut membuka semula permohonan GKP 2.0 sebanyak RM3,000. GKP atau Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang terkesan akibat COVID-19.

Kali ini kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta bagi membantu meringankan beban 200,000 PKS Mikro. Diharapkan dengan bantuan ini, mereka mampu meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan

gkp 2
Baca Lanjut

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3,000 UNTUK PENIAGA MIKRO DIBUKA SEMULA MULAI 1 OKTOBER 2020

TERKINI – PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3,000 UNTUK PENIAGA MIKRO DIBUKA SEMULA MULAI 1 OKTOBER 2020

Kerajaan bersetuju untuk membuka semula permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) kepada peniaga mikro bagi membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid-19.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung Perutusan Khas Kita Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin, permohonan GKP yang akan dibuka semula mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 ini bertujuan bagi memastikan lebih ramai peniaga mikro yang layak tetapi masih belum berkesempatan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Baca Lanjut