SOALAN LAZIM MENGENAI LANGKAH-LANGKAH BANK NEGARA UNTUK MEMBANTU INDIVIDU, PKS DAN SYARIKAT KORPORAT YANG TERJEJAS OLEH WABAK COVID-19

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBANTU INDIVIDU, PKS DAN SYARIKAT KORPORAT YANG TERJEJAS OLEH WABAK COVID-19

Bank Negara Malaysia (Bank) hari ini mengumumkan beberapa langkah pengawalan dan penyeliaan untuk menyokong usaha institusi perbankan membantu individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat korporat menangani kesan akibat wabak COVID-19.

Langkah-langkah oleh Bank bertujuan untuk membolehkan institusi perbankan kekal fokus terhadap usaha menyokong ekonomi yang sedang menghadapi keadaan luar biasa dan tidak pernah dialami sebelum ini.

Langkah-langkah ini memberikan fleksibiliti kepada institusi perbankan untuk bertindak balas dengan pantas terhadap keperluan pelanggan mereka. Institusi perbankan berada pada kedudukan yang kukuh untuk berbuat demikian memandangkan adanya penampan kewangan yang besar yang telah terkumpul sejak sekian lama.

Baca Lanjut

TERKINI : BANK NEGARA BENAR PENANGGUHAN PINJAMAN AUTOMATIK ENAM BULAN

Kredit Photo : BH Online

TERKINI : BANK NEGARA BENAR PENANGGUHAN PINJAMAN AUTOMATIK ENAM BULAN

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada mereka, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan.

Ia langkah tambahan BNM untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan oleh penularan COVID-19.

Dalam satu surat kepada pengurusan kanan institusi kewangan yang dilihat oleh BH hari ini, BNM berkata moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

Baca Lanjut

AGEN PEMUNGUT HUTANG TIDAK BOLEH PAKSA UNTUK BAYAR HUTANG, KETAHUI 7 HAK DIGARISKAN OLEH BNM

AGEN PEMUNGUT HUTANG TIDAK BOLEH PAKSA UNTUK BAYAR HUTANG, KETAHUI 7 HAK DIGARISKAN OLEH BNM

Pernahkan kita membaca kisah segelintir masyarakat dikasari oleh agen pemungut hutang yang dilantik oleh pihak bank (atau pemberi pinjaman) untuk mengutip hutang tertunggak dari pelanggan.

Bermula dari menelefon memaklumkan ada hutang tertunggak, diberikan tempoh masa tertentu untuk bayaran balik, ada ketikanya perasaan malu mula timbul bila agen pemungut hutang mula datang ke pejabat atau rumah untuk mendapatkan wang tertunggak termasuk berani bertanya kepada jiran dan rakan sepejabat di mana anda berada.

Untuk pengetahuan anda semua, jika identiti anda cuba dikorek oleh agen pemungut hutang sama ada melalui jiran, rakan sepejabat, ia adalah satu KESALAHAN DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709).

Baca ingatan yang dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia ini melalui laman rasmi fbnya.

Baca Lanjut