TIADA CAJ TAMBAHAN ATAS BAYARAN ANSURAN PERJANJIAN SEWA BELI (KONVENSIONAL DAN SHARIAH)

TERKINI – TIADA CAJ TAMBAHAN ATAS BAYARAN ANSURAN PERJANJIAN SEWA BELI (KONVENSIONAL DAN SHARIAH)

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan Malaysia;

Merujuk kepada saranan Kerajaan kepada industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli (konvensional dan Shariah), sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan berhubung perkara ini.

Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

Baca Lanjut

SOALAN LAZIM BNM MENGENAI SEWA BELI DAN PRODUK PEMBIAYAAN ISLAM BERKADAR TETAP (MORATORIUM)

INFO – SOALAN LAZIM BNM MENGENAI SEWA BELI DAN PRODUK PEMBIAYAAN ISLAM BERKADAR TETAP (MORATORIUM)

Susulan daripada pengumuman oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 25 Mac 2020 yang lalu, institusi perbankan sedang dalam proses memformalkan perjanjian-perjanjian bagi mencerminkan semakan terhadap syarat pembayaran balik dengan pihak peminjam/pelanggan yang mempunyai pinjaman sewa beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap bagi pelaksanaan moratorium 6 bulan untuk pembayaran pinjaman/pembiayaan.

Langkah ini adalah bagi memenuhi keperluan prosedur di bawah Akta Sewa Beli 1967 dan keperluan Syariah yang terpakai bagi apa-apa perubahan yang dibuat terhadap syarat perjanjian-perjanjian tersebut, termasuk perubahan kepada jadual pembayaran dan/atau jumlah pembayaran berikutan moratorium ini.

Sehubungan dengan itu, BNM telah meminta institusi perbankan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan peminjam/pelanggan diberikan maklumat yang jelas mengenai proses dan perubahan terhadap syarat perjanjian mereka, selain menetapkan cara paling sesuai dan mudah untuk memuktamadkan perjanjian-perjanjian tersebut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Baca Lanjut

BNM PERJELAS KEKELIRUAN BERHUBUNG MORATORIUM

KUALA LUMPUR, 1 Mei  — Bank Negara Malaysia (BNM) berasa kesal atas sebarang kekeliruan yang timbul daripada salah faham, yang sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang ditunjukkan dalam versi awal soalan lazimnya, yang menggunakan beberapa andaian dan kaveat. 

“Pihak BNM berasa kesal atas sebarang kekeliruan dan kebimbangan yang timbul ekoran pengumuman yang dibuat. Penangguhan bayaran balik pinjaman/pembiayaan sebenarnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam/pelanggan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Tujuan ini masih tidak berubah. 

Baca Lanjut

PUSINGAN U, KINI BANK KENAKAN FAEDAH MORATORIUM KE ATAS SEWA BELI

Kerajaan pada 25 Mac mengumumkan moratorium bayaran pinjaman bank melibatkan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan korporat

TERKINI – PUSINGAN U, KINI BANK KENAKAN FAEDAH MORATORIUM KE ATAS SEWA BELI

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan peminjam bank tidak perlu memohon untuk mendapatkan moratorium dari pihak bank.

BNM dalam satu kenyataan berkata, pelanggan hanya perlu melengkapkan dokumentasi yang diperlukan untuk mengesahkan moratorium berkenaan.

“Kenyataan yang dikelurkan BNM awal hari ini adalah bagi menyelesaikan isu prosedur untuk mewujudkan pengesahan perundangan moratorium mengikut Akta Sewa Beli 1967 dan tuntutan Syariah.

Baca Lanjut