COVID-19: RATUSAN RIBU JEMAAH TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID NABAWI

COVID-19: RATUSAN RIBU JEMAAH TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID NABAWI

MADINAH: Ratusan ribu jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi di sini, kelmarin, iaitu yang pertama sejak perhimpunan beramai-ramai dilarang bagi menyekat penularan COVID-19.

Arab News melaporkan, kebenaran untuk menunaikan solat itu adalah sebahagian daripada perancangan membuka semula masjid di Arab Saudi secara beransur-ansur sambil memastikan jemaah dan pelawat mematuhi langkah ketat pencegahan jangkitan COVID-19.

Bagaimanapun, larangan memasuki kawasan Raudah masih berkuat kuasa.

Baca Lanjut

MASJID NABAWI DIBUKA SEMULA

Para jemaah melaksanakan langkah penjarakan sosial di Masjid Nabawi ketika menunaikan solat Subuh pagi tadi. – Foto Agensi

TERKINI: MASJID NABAWI DIBUKA SEMULA

RIYADH – Arab Saudi membuka semula Masjid Nabawi di Madinah hari ini di bawah fasa secara berperingkat untuk meredakan sekatan bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Arab News melaporkan para jemaah menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali selepas penutupan masjid itu selama lebih dua bulan.

Pihak berkuasa turut melaksanakan pelbagai langkah termasuk mengehadkan kapasiti jemaah kepada 40 peratus.

Baca Lanjut