ARAB SAUDI BENARKAN IBADAT UMRAH MULAI 4 OKTOBER INI

TERKINI – ARAB SAUDI BENARKAN IBADAT UMRAH MULAI 4 OKTOBER INI

RIYADH: Arab Saudi secara berperingkat membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kata Kementerian Dalam Negerinya, semalam.

Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan Saudi Press Agency, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan.

Menurut kenyataan sama, jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan ibadat itu, mulai 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.

Baca Lanjut

SELEPAS HAMPIR 80 TAHUN JADI MUZIUM, TURKI TUKAR STATUS HAGIA SOPHIA JADI MASJID SEMULA

Hagia Sophia yang kini dijadikan semula masjid.- Foto/AFP

DUNIA: SELEPAS HAMPIR 80 TAHUN JADI MUZIUM, TURKI TUKAR STATUS HAGIA SOPHIA JADI MASJID SEMULA

Kerajaan Turki dilaporkan telah menukar status Hagia Shopia, yang sebelum ini dijadikan sebagai muzium kepada masjid semula, lapor media antarabangsa semalam.

Berita penukaran status salah satu bangunan ikonik bersejarah di negara itu diumumkan oleh Presiden Turki sendiri, Recep Tayyep Erdogan.

Hagia Sophia dibina sebagai sebuah katedral kira-kira 1,500 tahun yang lalu ketika pemerintahan empayar Byzantine di Constantinople, yang hari ini dikenali sebagai Istanbul.

Baca Lanjut