PROGRAM TUNAS HARAPAN PUBI PERAK

PENGERUSI PUBI PERAK KOMITED LANCARKAN PROGRAM TUNAS HARAPAN PUBI PERAK.

Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang sangat mulia ini. PUBI Perak menerusi Program TUNAS HARAPAN akan membantu sebuah Pusat Jagaan Anak-anak Yatim dan Miskin iaitu Pertubuhan Baitul Aini yang bertempat di Kampung Merawan Indah, Simpang Pulai Perak. Baca Lanjut

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK BERKAITAN PELANTIKAN YB MENTERI BESAR NEGERI PERAK

 

  1. PUBI Perak menyokong penuh pelantikan Yang Berhormat Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang baharu oleh DYMM Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
  2. Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan YB wajar meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan keusahawanan bumiputera, penyediaan infrastruktur dan fasiliti untuk memastikan usahawan di Negeri Perak untuk terus maju serta berdaya saing.
  3. Kerajaan di bawah Pimpinan YB Menteri Besar juga wajar meneruskan program-program untuk membantu usahawan kecil mahupun besar dari segi modal termasuk pinjaman, pemberian geran dan sebagainya serta menjaga kepentingan usahawan bumiputera di Negeri Perak.
  4. PUBI Perak juga berharap pimpinan YB Menteri Besar memberi perhatian sepenuhnya termasuk membantu serta mengiktiraf NGO-NGO yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri memajukan Negeri Perak.
  5. PUBI Perak juga mengambil kesempatan untuk memgucapkan terima kasih kepada Mantan Menteri Besar YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir kerana telah memberi ruang dan peluang kepada PUBI Perak selama YAB Dato’ Seri berkhidmat sebagai Menteri Besar di Negeri Perak.

 

Sekian,

Sharul Baha Bin Abd Rahman

Pengerusi PUBI Perak

11/05/2018

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK

KENYATAAN MEDIA PUBI PERAK BERKAITAN PELANTIKAN YAB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7

 

  1. PUBI Perak menyokong penuh pelantikan YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia ke-7.
  2. Kerajaan baru yang ditubuhkan wajar meneruskan dasar-dasar kerajaan sebelum ini terutamanya berkaitan dengan pembangunan keusahawanan bumiputera, penyediaan infrastruktur dan fasiliti yang lebih baik kepada usahawan untuk terus maju.
  3. Kerajaan di bawah Pimpinan YAB Perdana Menteri juga wajar meneruskan program-program untuk membantu usahawan kecil mahupun besar dari segi modal termasuk pinjaman, pemberian geran dan sebagainya.
  4. PUBI Perak sangat berharapan kepentingan usahawan bumiputera dijaga, terpelihara dan terbela di bawah kerajaan persekutuan yang baru dibentuk ini.
  5. PUBI Perak juga berharap pimpinan YAB Perdana Menteri memberi perhatian sepenuhnya termasuk membantu serta mengiktiraf NGO-NGO yang bergerak seiring dengan hasrat Kerajaan Pesekutuan bagi membina semula Negara Malaysia kearah yang lebih baik.

 

Sekian,

Sharul Baha Bin Abd Rahman

Pengerusi PUBI Perak

11/05/2018