PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.
Terkini pada 3hb Mei 2020 yang lalu telah berlangsung pertemuan di antara persatuan-persatuan utama di bandaraya Ipoh dengan YB Muhamad Arafa selaku ADUN Hulu Kinta bagi membincangkan hala tuju peniaga/penjaja kecil Pasar Malam, Pasar Pagi dan Bazaar Ramadhan di pejabat beliau.
AKTIVTI PERSATUAN SEBELUM INI: Sumbangan Makanan Dan Minuman Kepada Petugas Barisan Hadapan
Antara persatuan yang terlibat dalam pertemuan ini adalah Persatuan Penjaja-penjaja Kecil Melayu Pasar Malam Bergerak Melayu Kinta (PAYUNG) dan En. Kamal selaku Timbalan Pengerusi Persatuan Penjaja Perniaga Kecil Melayu Perkasa Perak (PERKASA).
Mewakli Persatuan Usahawan Bersatu Ioh Perak Perak pula adalah En Sharul Rahman selaku pengerusi dan ditemani oleh SU Kehormat Saudara Mohamad Jamean.
Ini adalah salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak persatuan bagi membantu peniaga/penjaja kecil Pasar Malam, Pasar Pagi dan Bazaar Ramadhan yang terjejas pendapatan ekoran penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan dan Bersyarat yang diumumkan oleh pihak Kerajaan.
Alhamdulillah, perbincangan berjalan dengan baik dan semoga segala usaha dipermudahkan segala urusan kami olehNya.
Insyallah.. 🤲
Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak adalah sebuah persatuan usahawan dan NGO Perak yang aktif di Bandaraya Ipoh. Persatuan yang berdaya saing ini sedang giat membantu masyarakat terutamanya golongan usahawan dengan menjalankan banyak aktiviti keusahawan, latihan serta kursus usahawan.
Insyallah
En. Sharul Rahman
Pengerusi Kumpulan PUBI
KOMEN TERKINI